Versi Asal Filem Mat Kilau Didedahkan, – “Selamat Tak Teruskan….”

 

Kutipan filem Mat Kilau setakat Isnin, 4 Julai 2022 sudah pun meraih RM47 juta membuatkan ia terus menjadi bualan hangat ramai. Filem hasil karya pengarah tersohor, Syamsul Yusof ini terus menerus membuatkan ramai bangga dengannya.

Susulan itu nama pahlawan Tanah Melayu, Mat Kilau menjadi sebutan dan semakin ramai yang mula ‘menggali’ kisah dan sejarah tokoh ini. Bagaimanapun, ada yang tahu filem ini sebenarnya sudah pun menjalani penggambaran oleh pengarah dan pelakon lain sebelum Syamsul Yusof dilantik untuk ‘duduk’ di kerusi pengarah.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, ada pengguna yang mend3dahkan klip rakaman sesi pengambaran dan promosi versi asal filem Mat Kilau ini. Dalam perkongsian tersebut dapat dilihat beberapa pelakon asal seperti Uqasha Senrose, Shuk Sahar dan ramai lagi.

Malah apa yang membuatkan ramai terkejut menyaksikan versi asal filem Mat Kilau ini adalah ada pula babak ‘terbang-terbang’. Di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan versi asal filem Mat Kilau di ruangan komen seperti berikut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Versi Asal Filem Mat Kilau Didedahkan, – “Selamat Tak Teruskan….”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*