‘Nak Lelaki Rajin, Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa’ – Shila Amzah

Biarpun dicop gatal kerana sering bercakap soal jodoh kepada umum, penyanyi Shila Amzah memilih untuk bersikap positif dan enggan mengambil pusing dengan mulut orang luar.

Menurut Shila, dia sudah cukup penat dengan kec4man selama 22 tahun berada dalam industri seni.

Kata penyanyi berusia 32 tahun itu, dia tidak mahu lagi menyembunyikan hal peribadi malah bersedia untuk berkongsi kepada peminat.

“Orang tanya, saya jawab jelah. Sebab saya dalam keadaan agak bahaya sekarang. Saya tak ‘filter’, jadi mungkin ada yang suka, mungkin juga tak.”

“Dah 22 tahun dalam industri, sebenarnya saya dah penat. Malas nak layan. Bila ada yang kec4m, orang itu dengk1 dan mungkin dia tak gembira dengan hidupnya.”

Dalam pada itu, pemilik nama NurShahila Amir Amzah mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya selepas gagal dalam berumah tangga namun akan lebih berhati-hati soal pasangan.

Ujar pelantun lagu Patah Seribu, dia menginginkan seorang lelaki yang rajin bekerja serta mempunyai matlamat hidup.

“Dalam bidang muzik, saya pilih orang yang bekerja keras berbanding yang ada bakat. Jadi saya akan guna perkara yang sama dalam kehidupan peribadi.

Contohnya kalau dia anak orang kaya tapi tak reti kerja dan mengharapkan ihsan ibu bapa, saya elak. Saya nak orang yang rajin.

Saya tak nak orang yang tiada hala tuju dalam hidup dan tak tahu apa yang dia nak. Tiada matlamat hidup dan misi serta visi. Termasuklah orang yang tak bertanggungjawab atas hidup sendiri.”

Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 2018 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Bagaimanapun, mahligai itu hanya berkekalan selama empat tahun selepas pasangan ini nekad untuk bercer4i pada 9 Februari lalu.

 

 

Sumber : OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "‘Nak Lelaki Rajin, Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa’ – Shila Amzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*