Wanita pecah rekod dunia sebagai pramugari tertua di dunia. Sudah berkhidmat lebih enam dekad

 

WANITA bernama Bette Nash, 86, dari Manassas, Virginia, merangkul gelaran pramugari tertua dan paling lama berkhidmat di dunia, demikian menurut Guinness World Records.

Nash yang berkhidmat untuk American Airlines berkata, sepanjang hampir 65 tahun kerjayanya sebagai pramugari, syarikat penerbangan itu pernah pergi ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan dia bujang.

Ini kerana peraturan syarikat penerbangan tersebut melarang pramugari mempunyai pasangan.

Syarikat penerbangan itu juga akan menimbang berat badannya sebelum syif dan boleh menggantung tugasnya jika berat badan bertambah, katanya.

“Anda mesti mempunyai ketinggian tertentu, anda perlu mempunyai berat badan tertentu. Dulunya mengerikan.

“Anda menambah beberapa paun dan jika anda kekal begitu, mereka akan memotong gaji,” kata Nash

Nash masih mengikuti latihan pramugari biasa mengikut peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Bercakap kepada AirlineStaffRates.com, Nash berkata dia ‘jatuh cinta’ dengan penampilan menarik dan sopan santun pramugari, ketika mula menceburi kerjaya berkenaan.

“Saya mahu menjadi pramugari dari saat pertama saya menaiki kapal terbang.

“Ketika saya berumur 16 tahun dan pramugari berjalan melintasi saya, dalam hati berkata ‘itulah saya’ kelak,” ujarnya. – Dailystar.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Wanita pecah rekod dunia sebagai pramugari tertua di dunia. Sudah berkhidmat lebih enam dekad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*