Sebulan di h0spit4l akib4t j4ngkit4n kuvm4n, Sheera Iskandar m4sih f0bia nak bawa anak keluar

 

HATI ibu mana yang tak luluh apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa dimasukkan ke h0spital, dipasangkan tiub untuk bantuan oksigen dan dimasukkan ub4t-ub4tan.

Itu yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Sheera Iskandar apabila bayi sulungnya yang dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan ke h0spital hampir sebulan akibat j4ngkitan kuman pada paru-paru.

Sheera atau Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memberitahu bayi perempuannya yang diberi nama Puteri Long Harrisaa mula mendapatkan r4watandi h0spital Kajang sejak 9 Jun lalu.

285388295_4795506090559244_6111434135551898698_n

Sheera bersyukur anaknya kini sudah pulih daripada j4ngkitan kuman pada paru-paru.

“Selepas bersalin seperti biasa akan ada check-up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hsopital.

“Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri selepas bersalin. Apa lagi keadaannya di h0spital ketika menerima rawatan.

“Disebabkan masih bayi, pihak h0spital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ub4t. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima r4watan sebegitu,” katanya kepada mStar.

Tidak hanya itu, Sheera juga perlu memikirkan dirinya sendiri memandangkan kesihatan dan emosinya selepas bersalin masih belum stabil.

Apabila lebih membuatkan Sheera bersedih, disebabkan masih dalam tempoh berpantang, dia terpaksa membataskan pergerakannya dan hanya dapat melihat foto anak kesayangannya itu di h0spital.

“Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di h0spital kerana masih berpantang, jadi hanya boleh melihat gambar sahaja. Saya sentiasa berfikiran positif dan kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak,” ujarnya.

278996403_7246541782053630_2177513674940532184_n

Sheera dan Mohd Halim berkahwin pada Mei 2021.

Sheera yang merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid mendirikan rumah tanggan dengan Mohd Halim Abdul Ghani pada 3 Mei 2021.

Sementara itu, Sheera berkata, dia bersyukur kerana bayinya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah sejak 1 Julai lalu namun mengakui masih berasa fobia untuk membawanya anaknya itu keluar selain belum bersedia membenarkan berjumpa dengan ramai orang.

“Selepas bersalin pun saya tidak berjumpa ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena j4ngkitan paru-paru.

“Syukur anak kami semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Sebulan di h0spit4l akib4t j4ngkit4n kuvm4n, Sheera Iskandar m4sih f0bia nak bawa anak keluar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*