“Saya tak mahu menyesal” – Fikry Ibrahim tak kisah ulang-alik kampung demi jaga ibu sakit

PELAKON Fikry Ibrahim tidak pernah melihat menjaga ibunya yang diser4ng peny4kit ang1n ahm4r sejak dua tahun lalu sebagai satu pengorbanan sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang anak.

Atas sebab itu juga, Fikry sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk menjaga dan menghabiskan masa bersama ibunya, Bibi Zaleha kerana ingin membalas segala jasanya selain tidak mahu menyesal suatu hari nanti.

“Sejak kecil saya dibesarkan oleh mak saya sahaja, mengapa saya tidak buat perkara sama untuknya. Penat memang penat sebab adakalanya saya perlu pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya sampai rasa nak pengs4n sebab keletihan.

“Sepanjang hidup dia tak pernah lupa nama saya tetapi ketika pertama kali terkena ser4ngan ang1n ahm4r ringan, dia terus lupa nama saya.

Fikry

Fikry lebih fokus soal ibu berbanding diri sendiri.

“Saya tidak mahu perkara sama berulang dan saya tidak mahu rasa menyesal. Sebagai anak saya akan cuba lakukan yang terbaik buatnya,” katanya kepada mStar.

Fikry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Dewi Remaja 2022 yang memperlihatkan dia akan bertindak sebagai hos bagi program berkenaan.

Dalam pada itu, Fikry berkata, dia tidak membawa ibunya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur kerana tiada siapa boleh membantu menjaga ibunya yang memerlukan pemantauan sepanjang masa.

Sebaliknya, keputusan meletakkan ibunya di kampung adalah langkah lebih baik kerana mempunyai ahli keluarga yang sanggup berkorban menjaga ibunya.

“Alhamdulillah saya bersyukur ada bapa saudara, ibu saudara an ahli keluarga lain yang sangat baik dan prihatin dan semua orang bergilir-gilir menjaga mak.

“Atas sebab itu jika saya terikat dengan sesuatu pekerjaan, saya cuba selesaikan dengan segera atau padatkan jadual agar saya boleh bercuti dan pulang ke kampung bagi mengambil alih tugas menjaga ibu,” katanya.

Sementara itu, Fikry memberitahu, rutinnya itu membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri apatah lagi perlu bijak membahagikan masa di antara karier, menguruskan perniagaan dan paling penting menjaga ibunya.

Pun begitu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu demi memastikan dapat menjaga ibunya, dia sanggup menolak banyak tawaran namun tidak berasa kesal kerana percaya rezeki itu daripada Allah.

“Saya tak kisah kerana percaya rezeki Allah itu luas dan Alhamdulillah Allah bagi banyak rezeki sampai sekarang. Mungkin ia berkat jaga maka saya,” katanya.

Sementara itu, Fikry memberitahu dengan situasi sekarang, soal jodoh adalah perkara akhir dalam fikirannya kerana fokus utamanya adalah untuk melihat ibunya kembali pulih daripada peny4kitnya.

Malah ibunya sendiri tidak mengharapkan dia menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat dan meletakkan perkara itu kepada dirinya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Saya tak mahu menyesal” – Fikry Ibrahim tak kisah ulang-alik kampung demi jaga ibu sakit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*