Sanggup gadai kebun, guna habis duit EPF. Harapan lebih 400 jemaah tunaikan h4ji terkuvbuvr

 

HAJAT lebih 400 jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima di Makkah tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis malam.

Berdasarkan pemerhatian Astro Awani di KLIA, rata-rata jemaah haji keletihan menunggu penerbangan dan visa pelepasan selepas dipercayai menjadi m4ngsa penipuan agensi pelancongan.

Menerusi satu ciapan oleh pelayar, Fareez Azman di Twitter, salah seorang jemaah haji lelaki menyatakan rasa sebak terhadap apa yang berlaku.

Katanya, dia telah menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menunaikan hasratnya ini.

“Duit Allah beri rezeki, duit EPF itulah yang kami gunakan… habis sudah. Pakcik-pakcik yang daripada kerja kerajaan, gratuiti yang diterima telah digunakan.

“Ada yang terpaksa gadai kebun semata-mata dapat peluang nak pergi haji,” katanya.

Menurut salah seorang lagi jemaah haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar, 52, kesemua mereka berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.

“Kami menunggu dari jam 12.00 tengah hari selepas taklimat terakhir pada malam tadi mengatakan kita akan terbang pada 4.25 petang (Khamis).

“Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia delayed (tunda) kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.

“Memang kita boleh sabar lagi, kami duduk dalam empat hingga lima hari di sekitar KLIA ini, kejap hotel sana kejap hotel sini, duit pun dah banyak habis,” jelasnya.

Kata Marina yang pertama kali mahu mengerjakan haji, dia sebak dan kesal dengan keadaan men1mpanya dan jemaah yang lain namun reda dengan apa yang terjadi.

“Pergerakan kami diperkotak-katikkan, masa kami dipermainkan, dalam kalangan kami bukan semua yang senang, visa furada haji perlu duit yang banyak, tapi saya rasa ada yang kumpul duit seumur hidup,” jelasnya lagi.

Difahamkan ada dalam kalangan jemaah tiba di Kuala Lumpur sejak 28 Jun lalu, namun penerbangan ditangguhkan atas alasan tertentu.

Tambah Marina, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Malah ada di antara jemaah dikatakan telah membuat laporan polis di KLIA pada Khamis berhubung kejadian itu.

“Kami reda, memang tahu dah, last flight (penerbangan terakhir) jam 2.00 pagi ini tidak mungkin kita sampai ke Jeddah dan boleh masuk, memang mustahil, setakat ini sahaja kami.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolonglah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,” tegasnya lagi.

Turut berlaku kekecohan di luar KLIA apabila salah seorang agensi pelancongan dikerumuni jemaah yang inginkan penjelasan mengenai keadaan sebenar.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit penjelasan diberikan, individu terbabit dilihat dibawa masuk oleh Polis Bantuan KLIA.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Sanggup gadai kebun, guna habis duit EPF. Harapan lebih 400 jemaah tunaikan h4ji terkuvbuvr"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*