“Ada mix ke ni?”- Anj*ng Comel Ini Buat Ramai Keliru Sebab Miliki Wajah Mirip Kucing

Antara baka kucing yang tercomel di dunia ialah kucing British Shorthair, kucing Parsi, Scottish Fold dan kucing Ragdoll. Namun, tak bermakna spesies yang lain tak comel tau.

Ada seekor anjing di Vietnam ini pula telah mencuri perhatian pengguna internet baru-baru ini kerana memiliki wajah dan saiz badan yang mirip dengan kucing.

Menurut New York Post, anjing yang diberi nama Dúi oleh tuannya itu telah menjadi tumpuan kerana ramai yang tertanya-tanya adakah ia seekor kucing atau anjing apabila melihat gambarnya di media sosial.

Ada juga confused adakah haiwan peliharaan itu memiliki d4rah atau baka campuran kucing dan anjing.

Namun, ia sebenarnya seekor anjing yang dipercayai merupakan campuran baka anjing hmong (baka Vietnam) dan anjing yang berkaki pendek.

Bila dicampurkan kedua-dua baka berkenaan, keluarlah seekor anjing comel yang mirip kucing kerana memiliki bulu yang halus berwarna kelabu.

Apa yang menarik perhatian ramai lagi ialah gelagat anjing ini yang sentiasa lincah dan comel.

Pemilik anjing tersebut juga mengatakan kepada The Mirror bahawa dia sangat beruntung memiliki anjing seperti Dúi  kerana wajahnya macam kucing Inggeris dan ia juga sangat pintar.

Memang comel g1la anjing ni. Sekali tengok memang ingatkan kucing British Shorthair atau Scottish Fold. –  New York Post

Sumber : lobakmerah

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "“Ada mix ke ni?”- Anj*ng Comel Ini Buat Ramai Keliru Sebab Miliki Wajah Mirip Kucing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*