Bersederhana sambut Aidiladha, ini pesanan Fedtri Yahya untuk semua

 

PENGACARA dan pengubah lagu, Fedtri Yahya menasihatkan agar masyarakat tetap cakna dan tidak leka dalam menjaga kebersihan dan keselamatan sepanjang menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kata Fedtri, perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan keadaan semasa yang semakin mencabar daripada segala aspek sama ada melibatkan r0hani dan fizikal.

“Saya menasihatkan agar kita tetap menitiberatkan soal keselamatan memandangkan tahap kesihatan semasa juga masih belum reda. Oleh itu jangan leka. Dapat pula pelbagai perkara di luar jangkaan berlaku lebih-lebih lagi kita di waktu akhir zaman ini.

“Pada saya Hari Raya Aidiladha itu terkait dengan pengorbanan. Lain orang lain cabaran yang mereka hadapi. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dan untuk memberi dalam apa jua aspek yang kita mampu,” ujarnya kepada mStar.

Untitled design (20)

Fedtri Yahya memilih untuk meraikan sambutan Aidiladha secara bersederhana.

Bagaimanapun tahun ini Fedtri tidak pulang ke kampung halaman di Pantai Remis, Perak memandangkan terikat dengan tugas di ibu kota.

“Segalanya diraikan secara bersederhana memandangkan saya perlu bekerja pada hari raya kedua. Fokus saya lebih kepada membawa anak-anak ke masjid.

“Lagipun pada penghujung bulan ini anak saudara saya akan berkahwin, jadi ramai ahli keluarga akan berkumpul bersama,” tambahnya.

Untitled design (21)

Melakukan ibadah korban menjadi rutin wajib setiap tahun pada setiap kali Hari Raya Haji.

Pada masa sama, pencipta lagu Kasih Padamu itu juga memberitahu setiap tahun dirinya akan terlibat dengan ibadah korban.

Baginya perbuatan itu bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi pada masa sama dapat membantu individu yang memerlukan.

“Setiap tahun saya akan bekerjasama dengan badan kebajikan atau NGO untuk melakukan ibadah korban. Jadi boleh dikatakan saya sering melakukannya sama ada di Bangladesh dan Kemboja.

“Saya memang gemar melibatkan diri dengan aktiviti sebegini kerana memantu mereka yang kurang berkemampuan memberi kepuasan kepada saya.

“Semoga setiap tahun saya akan terus berpeluang untuk melakukannya, insya-Allah,” jelasnya

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Bersederhana sambut Aidiladha, ini pesanan Fedtri Yahya untuk semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*