Suami lagak bujang balik raya sendirian, tahu-tahu dah sampai kampung! Isteri, anak dibiar Iapar sambut Aidiladha

Begitulah gambaran situasi yang dihadapi wanita ini apabila mend4kwa ditinggalkan suami menjelang sambutan Aidiladha yang diraikan pada Ahad.

Menurut wanita yang tidak mended4hkan identitinya itu, dia dan anak-anak ditinggalkan oleh suaminya yang pulang sendirian untuk beraya di kampung halaman.

isteri2

Perkongsian wanita itu meraih ratusan ribu tontonan di TikTok. (Gambar Hiasan)

“Tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba suami WhatsApp, dia dah balik kampung. Nun jauh kampungnya. Habis kami ni nak makan apa?

“Kot ya pun nak raya tempat lain, tinggalkanlah lauk-pauk, duit sikit buat kami kat rumah ni,” ujar wanita itu dalam satu video teks yang dikongsi di TikTok.

Menurut wanita itu, dia tidak tahu bagaimana untuk bersabar dengan suaminya, malah menyifatkan kehidupan yang dilalui terlalu rumit untuk diceritakan.

“Saya perlukan seseorang untuk bercakap. Tapi aku tak tahu nak cakap dengan siapa. Hidup ini terlalu rumit bila berkahwin dengan suami begini.

“Ampuni kami semua ya Allah. Tak tahu sampai bila harus bersabar,” ujarnya dalam video yang meraih lebih 300,00 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Biarpun video itu dibuat dalam bentuk teks sahaja, ia ternyata meruntun hati netizen apabila diiringi dengan lagu Pedih dendangan Sarah Suhairi sebagai muzik latar.

file7lnp5bf12b4fyxgl2w9

Wanita itu tidak mempunyai wang untuk membeli makanan sehingga terpaksa mengorek tabung anak-anak.(Gambar hiasan)

Malah, video tersebut turut dihujani lebih 771 komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dan memohon wanita itu berpisah dengan suaminya.

“Jangan pegang tali tu lama-lama. Nanti terluka kalau kuat sangat genggam. Jika boleh bertahan ketika genggam tali, pasti lebih kuat jika lepaskan tali.

“Pulanglah ke keluarga sendiri. InsyaAllah masih ramai yang sayangkan sis dan anak-anak. Jangan diharapkan kasih pada yang tak ingin mengasihi.

“Moga puan dipermudahkan segala urusan. Moga Allah jauhkan manusia yang memudaratkan hidup puan. Semoga sang suami diberi taufik dan hidayah.

“Takutnya dapat suami macam ni, semoga kita dijauhkan dari lelaki macam ni, semoga awak kuat ya sis,” tulis beberapa netizen.

Dalam video berasingan yang dikongsi beberapa hari lalu, wanita itu juga mend3dahkan dia terpaksa meminjam duit simpanan anaknya kerana mend4kwa diabaikan suami.

isteri3

Antara komen netizen di TikTok.

“Aku tulis ni hanya nak kurangkan stres. Berat sangat beban aku tanggung sendiri. Aku jenis tak cerita masalah kat orang. Orang tengok aku macam okay je. Semalam aku korek tabung anak pinjam RM2. Hari ni pinjam RM6. Moga jadi kenangan manis buat kami.

“Hari ni tak tahu nak masak apa. Semalam masak cekodok dan nasi goreng dengan bawang je. Letak la sikit perencah tomyam bagi rasa lain sikit. Masih macam semalam, ada beras, bawang, tepung gandum, minyak masak. Tak pasti lagi rezeki hari ni.

“Ada rezeki dapatlah makan ayam. Kadang-kadang risau tetamu datang rumah sebab tak ada apa nak dihidang,” ujarnya dalam lagi video yang dikongsi.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Suami lagak bujang balik raya sendirian, tahu-tahu dah sampai kampung! Isteri, anak dibiar Iapar sambut Aidiladha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*