“Siapa Nampak Isniwati, Tolong DM Ya” – Elyana

 

Penyanyi Elyana tidak menyangka apabila pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun mel4rikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu.

Penyanyi Elyana, 35, menerusi Instastory memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang mel4rikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu.

Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Isniwati dan sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun sanggup berbuat demikian sedangkan dia memiliki perwatakan yang sangat baik, malah sentiasa bertelekung di rumah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Elyana dalam InstaStory miliknya, pelantun lagu Niat itu meminta orang ramai supaya membantunya mengesan pembantu rumah berasal dari Lomb0k, Ind0nesia itu yang disifatkan sebagai ‘akal panjang’.

“Di rumah bertelekung sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.

Dalam perkongsian itu juga, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan detik pembantu rumah terbabit mel4rikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam pada waktu malam.

Suaminya, Khairul Anuar Husin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia telah mendapatkan khidmat pembantu rumah melalui ejen sejak tiga tahun lalu.

Kata Khairul lagi, dia bersyukur apabila pembantu rumah itu tidak melakukan jen4yah lebih berat seperti mencvri atau membawa lari bersama barang-barang berharga ketika keluar dari rumahnya.

“Setakat ini tidak ada lagi barang-barang yang hilang,” katanya ringkas.

Sumber: KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :  https://bartasangbad.site/

Be the first to comment on "“Siapa Nampak Isniwati, Tolong DM Ya” – Elyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*