Aliff Aziz syukur ibu sentiasa di sisi, sentiasa disisinya setiap kali kontroversi melanda

 

NAMA Aliff Aziz sering terpalit dengan kontroversi namun penyanyi kelahiran Singapura itu bersyukur tetap menerima sokongan kuat daripada keluarga terutama ibunya ketika berdepan pelbagai 1su sebelum ini.

Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 31, berkata, sejak kecil ibunya, Siti Hafiza sudah berkorban pelbagai perkara dalam hidupnya namun wanita itu tetap tenang yang membentuk kekuatan terbesarnya iaitu kesabaran.

“Pengorbanan Umi itu banyak. Sejak kecil Umi memang sudah banyak berkorban. Meskipun beliau seorang yang tegas tetapi kesabarannya dalam menghadapi semua perkara mungkin tidak membuatkan saya berada di sini sekarang,” katanya.

Untitled design (39)

Kesabaran ibu menjadi kekuatan untuk Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Aliff berkata, selepas lebih dua tahun tidak dapat kembali ke Singapura, dia bersyukur akhirnya dapat berbuat demikian sekaligus kembali bersatu dengan keluarga tercinta.

Malah, kepulangannya itu turut membuka peluang lain seperti mengadakan persembahan selain diberi peluang bertindak sebagai pengacara.

“Saya sangat bersyukur akhirnya berkesempatan dapat buat persembahan di depan penonton. Ini satu penghormatan buat saya untuk muncul di sini dan diharapkan penonton gembira dengan kemunculan saya sebagai pengacara,” jelasnya dalam program Rayakustika 2022.

Rancangan tersebut bersiaran di saluran Mediacorp Suria di SIngapura.

Sementara itu, ibu Aliff yang turut muncul dalam program itu memberitahu sokongan keluarga terutama suami menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus sabar saat anaknya dilanda kontroversi.

“Saya rasa kekuatan itu datang daripada suami dan keluarga. Merekalah sumber kekuatan saya sebagai seorang ibu,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Aliff Aziz syukur ibu sentiasa di sisi, sentiasa disisinya setiap kali kontroversi melanda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*