Pemandu Memotong Di Laluan Kecemasan, Rupanya Ada Kejutan Menanti…

 

Setiap kali musim perayaan, memang kita tidak dapat lari daripada kesesakan lalulintas memandangkan ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Tetapi jangan lah sampai ada yang cuba melanggar peraturan jalan raya seperti memotong di laluan kecemasan seperti tindakan seorang pemandu ini.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah kesudahan nasib pemandu itu di mana rupa-rupanya terdapat kejutan lain yang menantinya. Video yang dikongsikan ini juga tular dan kini menerima hampir sejuta tontonan setakat ini.

@izz4hzahidah_

Nohhhhh rokiahhhhh macam magic 🤣

♬ POP! – NAYEON

Menerusi video yang dikongsikan ini, dapat dilihat keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan berdasarkan rakaman dashcam ini. Tidak berapa lama kemudian, kelihatan sebuah kereta yang memotong di laluan kecemasan gara-gara tidak mahu menunggu lama di dalam kesesakan itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah kemunculan seorang anggota JPJ yang menyorokkan diri untuk melakukan operasi speed trap di situ. Rupa-rupanya, anggota tersebut telah lama bersembunyi dan menunggu masa sekiranya ada yang menyalahgunakan laluan kecemasan itu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat kemunculan yang tidak disangka itu. Malah ada yang berselor0h pastinya pemandu tersebut juga berasa menyesal memotong di laluan kecemasan tersebut.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :  HCL

Be the first to comment on "Pemandu Memotong Di Laluan Kecemasan, Rupanya Ada Kejutan Menanti…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*