Akak kerja gomen ‘panas’ tengok rider Foodpanda ada basikal mahal, syak cuma ‘acah kaya’ pinjam kawan punya

PEPATAH ada menyebut, usah menilai sesuatu daripada luaran.

Namun kebanyakan daripada masyarakat kita seolah-olah sudah terbiasa menilai seseorang berdasarkan rupa atau penampilan yang dilihat dengan mata kasar.

Bagi mereka, seseorang yang memakai sut atau berbaju kemeja mencerminkan kerjaya yang mantap dan status kewangan yang stabil.

rider 1

Pelayar wanita tersebut berpandangan pendapatan seorang rider yang baginya tidak mampu untuk membeli sebuah basikal yang mahal.

Baru-baru ini, hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial mengenai pandangannya terhadap individu yang bekerja sebagai penghantar makanan (rider), mengundang kecaman hebat warga maya.

“Orang yang kerja Foodpanda ni memang suka acah kaya ye? Berapa sangat gaji korang?

“Aku syak mesti dia pinjam basikal ni. Hati-hati sikit bang kalau pinjam basikal orang. Karang calar naya nak bayar. Bukan murah tu.

“Aku yang keje gomen (kerajaan) pun kena saving 10 bulan baru dapat basikal ni,” tulis pelayar wanita berkenaan.

Kapsyen tersebut merujuk kepada gambar seorang lelaki yang memakai baju Foodpanda sambil menggalas kotak beg makanan dan menunggang basikal model Specialized Shiv di sebuah premis.

basikal

Carian di internet menunjukkan lingkungan harga sebuah basikal Specialized Shiv.

Hantaran tersebut dikongsikan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT).

Menerusi semakan di internet, harga bagi sebuah basikal Specialized Shiv boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit mengikut model tertentu.

Harga bagi badannya sahaja tidak termasuk aksesori yang lain boleh mencecah sehingga RM20,000.

Malah bagi model Turbo pula ada yang berharga melebihi RM50,000 seunit!

Pandangan pelayar wanita tersebut membuatkan rata-rata netizen ‘menyerangnya’ kerana seolah-olah memandang rendah kepada pekerja penghantar makanan yang baginya hanya memperoleh pendapatan kecil dan tidak mungkin mampu membeli basikal yang mahal.

“Mungkin tak ramai yang tahu budak-budak Foodpanda ni tak semua yang tak bekerja. Ramai penjawat yang kerja part-time Foodpanda ni. Jangan perli-perli, yang penting usaha mereka tu untuk cari nafkah yang berkat.

komen fp

Antara komen netizen terhadap posting pelayar wanita berkenaan.

“Ramai je yang buat Foodpanda tu sebelum ini kerja hebat-hebat… janji rezeki halal. Don’t judge.

“Sekarang bukan nampak masalah gaji siapa lagi besar, tapi otak siapa lagi luas. Dah 2022 ni tak sangka ada lagi mindset, asal kerja kerajaan je paling hebat, orang yang kerja sendiri macam ni pada mata mereka tak boleh cari duit lebih,” demikian antara komen netizen.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Akak kerja gomen ‘panas’ tengok rider Foodpanda ada basikal mahal, syak cuma ‘acah kaya’ pinjam kawan punya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*