Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak segelintir pihak yang mend4kwa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membeli sepasang kasut berjenama mewah bernilai RM40,000.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, TMJ meminta Onn Hafiz untuk tidak mempedulikan tuduhan yang tidak berasas daripada sesetengah orang.
“Benda macam ni pun jadi issue? Datuk saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja.
“Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato dan beberapa pegawai kerajaan,” tulis Tunku.
Tunku Ismail turut bertitah supaya Onn Hafiz terus menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk negeri Johor.
“Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja,”.
Benda mcm ni pun jadi issue? Dato sy cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja. Baru smlm saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato & beberapa pegawai kerajaan. Dato, nasihat sy jalankan tugas utk negeri Johor. Jgn melayan sangat apa org nak cakap. Yg penting buat kerja. https://t.co/XCOJ6Ua93c
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) July 11, 2022
Pada Isnin, Onn Hafiz menafikan beliau membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.
Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu lagi, kasut dari jenama Berluti itu merupakan kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.”
Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan 1su kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mend4kwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Sumber:Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : DNQ
Be the first to comment on "“Benda Ni Pun Jadi Isv? Lepas Ni Pakai Selipar Aja” – Kasut MB Johor Bernilai RM40K, TMJ Bid4s Pemf1tnah"