Amir Raja Lawak Dipuji Netizen, Tak Malu Berniaga Air Di Tepi Jalan

Tular sekeping gambar pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak sedang meniaga air jagung mendapat pujian peminat.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial Twitter, Akeem Sharyzal yang memuat naik semula posting dari sebuah portal telah memuji sikap pelawak itu yang dianggap merendah diri.

“Contoh artis terbaik dalam mencari rezeki, tidak pernah mengeluh ketika tiada job dan tidak merasa malu berniaga di jalanan. Tahniah Amir Raja Lawak,” tulisnya pada kapsyen.

Menjenguk ke ruangan balas, ramai wargamaya yang tidak terlepas memberikan kata pujian malah ada juga yang berbangga dengan sikap Amir.

“He’s kind person, sebab pernah bantu buat review untuk produk saya dulu, semoga Allah Rahmati dia.

“Baguslah, hidup tak perlu mengeluh. Setiap manusia ada jalan rezekinya, teruskan semangat berniaga Amir.

“Pelawak legend ni, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ikon yang sebenar”, antara kata-kata manis yang ditinggalkan wargamaya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 8000 Retweet dan 13,000 tanda suka.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Amir Raja Lawak Dipuji Netizen, Tak Malu Berniaga Air Di Tepi Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*