“Biar Gag4l Jadi 1steri.. Yang Penting Tak G4gal J4di Ibu” – Rita Rudaini

Sebut saja nama Rita Rudaini, ramai mengetahui tentang pengorbanan pelakon itu sebagai ibu tunggal dalam menjaga dan mendidik dua anak lelakinya sejak sembilan tahun lalu.

Walaupun tanpa kehadiran suami sebagai ‘tulang belakang’, pelakon berusia 46 tahun itu mampu membvktikan bahawa dia juga berjaya membesarkan anak-anak dengan cemerlang.

Terbaru, Rita memuat naik satu hantaran berbentuk video di laman Instagram memaparkan foto dirinya bersama anak-anak dari kecil sehingga salah seorangnya menyambung persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu kapsyen ditulis dalam video tersebut mengenai ‘kegagalan’ dilalui dalam kehidupannya sebelum ini.

Menurut pelakon filem Rumah Madu Ku Berhantu itu, dia menyifatkan kegagalan menjadi seorang isteri masih boleh diterima berbanding kegagalan seorang ibu dalam mendidik anak-anak.

“Biar gagal menjadi seorang isteri. Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Namun begitu, dia mengehadkan ruangan komen dimana hanya individu ditetapkan sahaja dapat meninggalkan reaksi di posting berkenaan.

Untuk rekod, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak profesional tanah air, Aidil Zafuan pada 25 Februari 2008 namun bercer4i lima tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

 

 

 

 

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber :klmenjerit

Be the first to comment on "“Biar Gag4l Jadi 1steri.. Yang Penting Tak G4gal J4di Ibu” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*