“Ada lelaki tak boleh terima” – Disahkan berpeny4kit, asyik bad mood… gadis tenang doktor suruh beritahu bakal suami awal-awal

““Ada lelaki tak boleh terima” – Disahkan berpeny4kit, asyik bad mood… gadis tenang doktor suruh beritahu bakal suami awal-awal – Viral | mStar_62d10623bd2a2.jpeg” alt=”” />

SIAPA sangka, berat badan turun secara mengejut telah mengubah keseluruhan nasib dan kehidupan wanita ini.

Bermula dengan kerap berasa letih ketika bekerja, Ainul Mardhiah Alfian akhirnya mendapat jawapan berhubung tahap kesihatan dirinya selepas berjumpa doktor.

Bercerita lanjut, gadis berusia 20 tahun ini berkata peny4kit yang dihidapi membuatkan emosinya tidak stabil, malah simptom yang ditunjukkan juga agak sukar untuk diterima oleh pasangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada akhir Disember 2021 kitaran haid saya tak teratur. Bila masuk pertengahan Januari 2022, saya selalu letih dan dem4m.

“Muka saya jadi pucat dan badan mula susut sampai kawan ramai tegur kenapa makin kurus. Saya abaikan saja sebab anggap ia perkara biasa. Saya kerja kedai makan, biasalah kalau rasa penat. Tapi memang saya terpaksa ambil cuti kalau jatuh sakit.

“Awal Februari saya dah rasa tak terdaya terutama bila jantung berdegup laju dari kebiasaan. Tangan saya menggeletar sampai terpaksa ambil panadol untuk tahan sakit,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Ainul yang bekerja di sebuah gerai makan di Terengganu, berat badannya turun secara mendadak iaitu 10 kilogram dalam masa beberapa bulan sahaja.

Bimbang dengan tahap kesihatannya, dia kemudian berjumpa doktor di sebuah klinik pada Februari.

“Saya pergi klinik pada waktu lunch untuk check-up. Bila saya beritahu fasal berat badan yang turun mendadak, doktor terus tanya mengenai segala gejala yang sememangnya saya tengah alami masa tu.

Ainul bergegas ke h0spital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

“Lepas saya beritahu semuanya kepada doktor, dia minta tengok bahagian leher sebab ada benjolan tapi belum pasti sama ada ketulan tu normal atau sebaliknya. Kata doktor, saya mungkin ada peny4kit tiroid.

“Doktor beri saya surat untuk pergi ke h0spital Hulu Terengganu secepat mungkin. Kalau boleh waktu tu juga saya perlu pergi tapi saya masih dalam waktu bekerja. Doktor sempat pesan jangan pergi secara berseorangan sebab risau terjadi apa-apa. Jadi saya minta kekasih temankan ke h0spital,” ujarnya.

Sejurus tiba di h0spital dia segera dimasukkan ke wad kecem4san dan proses r4watanawal bermula.

Keputusan ujian sampel darah mengesahkan bahawa dia menghidap peny4kit tiroid seperti dijangka oleh doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu sebelum ini.

Menurutnya, wad yang penuh bagi mendapatkan r4watanpada masa itu menyebabkan dia diminta ke h0spital Setiu.

Bagaimanapun, menurut Ainul, dia enggan ditahan di wad bagi mendapatkan r4watanwalaupun kadar degupan jantungnya lebih dari paras normal.

“Lepas dua hingga tiga jam saya tunggu keputusan di wad kecemasan, doktor beritahu yang benjolan tu memang bukan ketulan biasa.

“Tapi saya tak nak masuk wad tapi doktor tetap pujuk sebab jantung saya dah berdegup lebih kadar 140. Disebabkan saya berkeras, mereka bagi MC (medical certification) dan kad temu janji seterusnya.

“Doktor ada cakap tentang mood. Katanya saya tak boleh kawal emosi. Selalu cepat marah sampaikan benda kecil pun saya akan melenting dan tak boleh sabar.

“Doktor cadangkan beritahu pada bakal suami yang saya hidap peny4kit ni sebelum kahwin. Sesetengah lelaki tak boleh terima perempuan yang selalu emosi berlebihan,” katanya sambil menambah dia telah memberitahu teman lelaki tentang peny4kit ini tetapi setakat ini belum merancang untuk berkahwin.

Bercerita lanjut, Ainul berkata, pulang saja dari h0spital, pada sebelah malam badannya berasa semakin lemah dan dia muntah-muntah.

Surat doktor yang meminta Ainul pergi berjumpa pakar.

“Terbaring saja nak berjalan pun dah tak larat. Malam tu juga saya pergi ke klinik. Ayah nak bawa ke h0spital semula tapi saya tak nak sebab takut kena masuk wad. Selepas tu saya pergi sajalah ke klinik swasta dan dimasukkan air satu botol barulah tubuh rasa segar sedikit,” katanya lagi.

Keesokan hari, keadaan badannya semakin lemah dan jantung berdegup laju sehingga dia tidak boleh bangun untuk pergi bekerja.

Setelah beberapa hari berdepan keadaan sama, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tidak mahu dipecat oleh majikan.

Menurut Ainul, dia menerima panggilan dari h0spital pada 20 Jun lalu, meminta dia hadir untuk melakukan pemeriksaan susulan.

Namun keputusan penuh setelah ujian itu dibuat ke atasnya masih belum diketahui dan dijangka diperolehi pada 17 Julai ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Ada lelaki tak boleh terima” – Disahkan berpeny4kit, asyik bad mood… gadis tenang doktor suruh beritahu bakal suami awal-awal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*