D4kwa Kedai Cik B Dlslhlr, Vida Cantas Pokok Pisang Buang S*al – “Inilah Orang Melayu Dengkl”

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida meluahkan rasa kec3wa apabila kedai anaknya, Cik B dislhlr sehingga memberi kesan kepada kehadiran jumlah pelanggan.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, dia menyaksikan sendiri kedai Cik B yang menjual pelbagai makanan ringan dan air boba dahulunya sentiasa penuh dengan pelanggan kini menjadi sunyi sepi.

Tambahnya lagi, hal ini disebabkan oleh pengunjung yang tidak nampak di mana kedudukan kedai Cik B walaupun ia dibuka hampir setiap hari.

“Kedai Cik B yang sangat popular orang datang dekat Jelapang tapi orang cakap sihlr, saya tak percaya. You bayangkan seolah kedai saya orang nampak tutup dan ada orang cakap tak nampak,” ujarnya menerusi satu hantaran video di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Jelas Vida lagi, terdapat beberapa batang pokok pisang yang terletak di sebelah kedai Cik B dikhuatiri telah disihlr dan diletakkan benda-benda jah4t yang mempengaruhi pandangan mata pengunjung.

Susulan daripada penemuan tersebut, dia bertindak menebang pokok pisang terbabit.

“Saya pergi berub4t, orang cakap ada yang letak pokok pisang di tepi kedai saya. Orang kata letak kat pokok pisang lepas tu orang cakap dekat pokok ada gantung p0c0ng, p0l0ng ke apa semua.

“Ni tebang pokok pisang sebab buang s*al. Siapa yang d4j4lkan aku, nak buang s*al. Aku tebang, cantas pokok pisang ni,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Vida memaklumkan dia mengenali siapa yang menghantar sihr berkenaan namun mengambil sikap berdiam diri bagi menjaga alb.

“Inilah orang kata berniaga orang Melayu d3ngki. Ini bukan masalah d3ngki apa tau, dia nak tengok saya jatuh. Orang ni saya taknak lah cakap siapa tapi walaupun saya tahu, tapi biarlah.

“Saya tak mahu albkan orang, biarlah. Ini bukan content, kedai saya jadi sendu, orang tak nampak, bukan sebab orang tak nak datang tapi orang tak tahu kat mana,” ulasnya.

Sekadar info, kedai Cik B kini mempunyai tiga cawangan di serata Semenanjung Malaysia.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "D4kwa Kedai Cik B Dlslhlr, Vida Cantas Pokok Pisang Buang S*al – “Inilah Orang Melayu Dengkl”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*