Shahir Zawawi kini tunang orang, bakal tamatkan zaman bujang tahun ini

 

PENYANYI, Shahir Zawawi teruja apabila mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya selepas solat Zohor pada petang Sabtu.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga wanita terbabit yang terletak di Merotai, Tawau, Sabah.

Kata Shahir, 34, sifat lemah lembut dan mudah didekati membuatkan dirinya tertarik dengan wanita yang dikenali sebagai Ekin.

“Ada beberapa karakter yang dia miliki membuatkan saya tertarik untuk jadikan sebagai isteri.

Untitled design (72)

Shahir memberitahu majlis perkahwinannya akan berlangsung dalam tahun ini.

“Bagi saya perkahwinan, wanita bukan sahaja bergelar isteri, tetapi boleh menjadi kawan untuk tempat kita saling berkongsi susah senang bersama,” katanya kepada mStar.

Shahir turut menjelaskan pertunangannya itu dilakukan untuk memenuhi kehendak keluarga dan sekadar simbolik ikatan kekeluargaan.

“Orang kata tempoh bertunang ini ada dugaannya, jadi saya mengharapkan segalanya baik-baik sahaja dan tidak terlalu lama.

“Insya-Allah majlis perkahwinan akan diadakan dalam tahun ini juga, tetapi kata putusnya akan ditentukan nanti,” terangnya.

Penyanyi lagu Dia Yang Kau Pilih itu turut mengakui pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.

“Sepanjang 12 tahun menyanyi saya memang selalu mendapat tawaran persembahan di Sabah, tetapi asyik gagal.

“Majlis pertunangan ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki di Sabah, rupa-rupanya selepas ini setiap tahun saya akan pulang ke sana untuk beraya,” katanya.

Untitled design (73)

Wanita yang berjaya mencuri hati Shahir dikenali sebagai Ekin.

Dalam pada itu, Shahir menasihatkan tunangnya agar bersedia berdepan dengan masyarakat lebih-lebih lagi apabila menjadi pasangan selebriti.

Katanya, lumrah apabila berada dalam industri, perkara peribadi antara hal yang akan turut disoal.

“Saya ada memberitahunya agar bersedia untuk berkongsi sedikit soal peribadi dengan masyarakat. Sebahagian hidup dia kena kongsikan dengan peminat.

“Walaupun sebelum ini dia rasakan perkara itu privasi, tetapi apabila berada dalam lapangan hiburan, mungkin sedikit daripada itu perlu dikorbankan,” jelas Shahir.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Shahir Zawawi kini tunang orang, bakal tamatkan zaman bujang tahun ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*