Hidayah Dikatakan Beli Kereta Baru, Tetapi Ali Pula Yang Jadi M4ngsa K3c4m4n

 

KEMELUT membabitkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada allahy4rham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang pernah berlaku sebelum ini masih menjadi perbualan netizen di media sosial.

Terbaharu, Ali menerima kecaman daripada netizen selepas Hidayah berkongsi kejayaan membeli sebuah kereta baharu.

Tidak cepat melatah, Ali, 33, dilihat tenang dengan kata-kata tersebut, malah turut mengucapkan terima kasih kerana ini membuatkan dia lebih bersemangat dan kuat.

ali puteh 2

Kemelut Hidayah dan Ali bagaikan tiada kesudahan.

“Terima kasih atas ucapan itu. Betul, saya buat-buat baik selama ini. Ramai yang cakap begitu. Terima kasih atas kata-kata yang membina.

“Semangat dan terus kuat bila diperkatakan,” katanya.

Sebelum itu menerusi ruangan komen di beberapa hantaran yang dibuat oleh Ali, seorang pengguna media sosial mengkritik tindakan Ali menjual kereta milik arw4h abangnya.

Individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu juga melemparkan kata-kata hina kepada Ali selain mempersendakan rupa fizikalnya.

“Eh, hitam, kau post ini nak raih simpati ke? Kau ingat orang lupa apa yang kau dah buat. Karma itu ada, Allah pasti balas apa kau buat.

“Kau tu dah la hitam, hati pun hitam. Jangan nak bertopengkan syaitan,” tulis individu tersebut.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang memberi kata-kata semangat buat Ali apabila dia berkongsi perkara tersebut.

“Masing-masing ada kehidupan sendiri. Doa baik-baik sahaja untuk kedua-dua pihak.

“Terus kuat dan semangat. Jangan peduli apa yang orang cakap. Teruskan perjuangan arw4h Abam.

“Sudah-sudahlah. Aku rasa Ali pun dah insaf. Berilah peluang untuk dia,” komen netizen.

ali puteh 3

Ali tenang apabila dihina netizen.

Kemelut antara Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Abam men1nggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan sama terhadap Ali kerana atas tuduhan memfitnah dan m4hkamah pada Februari lalu memutuskan dia menang k3stersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hidayah Dikatakan Beli Kereta Baru, Tetapi Ali Pula Yang Jadi M4ngsa K3c4m4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*