Ini Antara Selebriti Yang Hadiri Majlis Agama Mentua Neelofa, – “Suka Tengok Semua..”

Neelofa, salah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Dahulunya bergelar seorang pelakon, kebijaksanaanya dalam menjalankan perniagaan telah membuatkan ramai kagum.

Pendek kata juallah apa pun, pasti mendapat perhatian ramai dan yang penting laku. Bagaimanapun, satu perkongsian rakaman kehadiran rakan selebriti ke majlis agama di rumah mentua Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

Perkongsian rakaman kehadiran rakan selebriti ke majlis agama di rumah mentua Neelofa ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun sitizoner. Apa yang membuatkan rakaman itu menjadi perhatian ramai adalah kelihatan beberapa anak seni turut sama hadir.

Antara rakan selebriti yang turut hadir

Menerusi rakaman itu kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Lisdawati, Izara Aishah dan ramai lagi. Cantik semuanya berhijab litup sambil nampak sopan ketika makan. Perkongsin video ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 13 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji menyaksikan barisan selebriti menutup aurat mereka dengen sempurna. Berikut antara komen netizen:

“Baguslah makan rumoh mok ustaz…Ada saprah..Banyok amal sunnah dalam kehidupan..Semoga jadi asbab hidayah seluruh alam”

“Ya Allah..Bertuahnya dorang ni..Barakallah..Antara bidadari dunia..Cantik seri”

“Suka tengok semua dah berhijab..Lembut je muka dan perwatakan..Smeoga terus istiqamah amin”

“Kadang2 tengok Neelofa tak pernah layan pun masalah netizen yang suka kondem dia. Dia lebih peduli pada hal2 akhirat n eratkan hubungan sesama artis..”

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Ini Antara Selebriti Yang Hadiri Majlis Agama Mentua Neelofa, – “Suka Tengok Semua..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*