Anak perempuan mula hila4ng s4b4r, ibu sendiri bersifat ‘annoying’ suka k0ngk0ng rumah tangga… K4sihan su4mi banyak mak4n hati

KITA sering disajikan dengan cerita yang memaparkan sikap buruk ibu mentua terhadap menantunya.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila ibunya sendiri dikatakan sering melukakan hati dia dan suami.

Kata wanita itu, sudah dua tahun dia bersama suami menetap di kediaman ibunya, namun saban hari ada sahaja masalah yang berlaku.

anak 1

Pasangan berkenaan banyak makan hati sepanjang dua tahun tinggal bersama wanita itu.

“Saya dah hampir dua tahun berumah tangga, tinggal dengan ibu saya sendiri. Jika ikutkan hati saya dan suami memang nak tinggal asing sebab nak berdikari tapi apabila mengenangkan ibu saya seorang di rumah, dia pun ajak duduk sekali.

“Saya anak bongsu. Saya tak kisah apabila diajak duduk sekali tapi Allahu perangai dia makin hari makin buat kami suami isteri pening dan makan hati. Hampir dua tahun kami bersabar ada je perangai dia yang tak menyenangkan,” luah wanita itu.

Enggan mend3dahkan identitinya, wanita itu berkata ibunya mengongkong aktiviti dia dan suami dan mereka dilayan seperti remaja yang sedang membesar.

Lebih teruk kata wanita itu, ibunya juga akan berubah sikap setiap kali dia pulang menjenguk keluarga mentuanya yang tinggal berdekatan.

“Dia kongkong kami nak keluar anak-beranak, dia soal macam-macam. Tanya nak pegi mana, apabila dah jawab tanya pula balik pvkul berapa. Mula-mula saya anggap ibu ambil berat tapi makin hari makin menjadi pula.

“Lepas tu kalau saya balik rumah mentua atau pergi mana-mana dengan mentua mulalah tarik muka. Saya balik tak nak bertegur. Rumah mentua saya pun dekat je. Keluarga mentua Alhamdulillah semua okey tapi masalah dengan ibu sendiri pula,” luahnya lagi.

stres 2

Kata wanita itu, ibunya sering memberikan respon dingin biarpun dibawa keluar berjalan-jalan.

“Suami saya pun banyak mengalah walaupun makan hati dengan ibu saya. Dia cakap sabar je mungkin ibu sunyi, tapi apabila kami bawa dia jalan-jalan… eh macam-macam pula perangainya.

“Makan itu tak nak, ini tak nak. Order air pun tak sentuh langsung. Kami pun tak tahu apa dia nak. Apabila bersuara tanya dia buat endah tak endah je.

“Saya ni habis tahap sabar kadang tu kalau dia tak nak cakap dengan kami pun, kami hanya buat hal kami je. Tapi tu lah kadang geram juga.

“Nak keluar duduk asing tak bagi. Nak balik rumah mentua pun banyak bunyi. Kadang kesian dengan suami saya masa dia dengan keluarganya terhad sebab terpaksa korban nak jaga hati ibu saya.

“Saya kadang habis geram sangat saya ajak juga suami balik sana. Belah sana pun keluarga juga,” ujarnya menerusi luahan di Facebook.

Di ruangan komen, beberapa individu turut memberi cadangan agar dia berpindah keluar demi menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya tak tahu nak komen apa. Sedih dan kesian sama banyak. Nak suruh duduk asing tapi ibu tu seorang, kesian juga. Tapi ibu tu kuat lagi tak? Mungkin boleh duduk asing, balik jenguk selalu.

stres 4

Sebahagian komen netizen.

“Pindah saja biar dia rasa macam mana susah tinggal seorang, awak balik jengok hujung minggu… dekat saja kan?

“Sama macam jiran saya. Akhirnya anak menantu pindah keluar sebagai pengajaran pada orang tuanya. Mak cemburu setiap waktu, mesti ada saja yang tak kena, mulut maknya pula masyaAllah, kesian anak menantu.

“Cara terbaik, pindah duduk asing. InsyaAllah bahagia nanti dik,” tulis beberapa netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Anak perempuan mula hila4ng s4b4r, ibu sendiri bersifat ‘annoying’ suka k0ngk0ng rumah tangga… K4sihan su4mi banyak mak4n hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*