Kecoh Isu Kelab Komedi, Kata-Kata ‘Deep’ Nabil Ahmad Buat Ramai Terpaku

 

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad bukanlah asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Perubahannya semakin hari turut dikagumi oleh peminat mengenai pengacara rancangan MeleTOP ini.

Walau bagaimanapun, Nabil Ahmad terbaharu mendapat perhatian ribuan pengguna TikTok di akaun rasmi Gempak apabila dia bersuara mengenai 1su Club CrackHouse yang mana dirinya berpendirian teguh mempertahankan kesucian agama Islam.

@astrogempak Ayat Nabil memang deep! #fyp #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – Gempak

Nabil Ahmad menerusi hantaran tersebut berkata, “Kalau baru-baru ini ada seseorang beragama Islam dia nak tunjuk dia keluar dari agama. Hari ini kita bawa masuk agama dalam diri kita.” Ayat deep daripada Nabil Ahmad ini bagaimanapun tular mencuri tumpuan ramai.

Nabil

“Ustaz saya ajar, hari ini kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu. Jangan risau kalau ada orang yang ingin keluar dari agama, satu orang yang nak keluar agama, sejuta orang lagi yang ingin memeluk Islam,” Ujar Nabil Ahmad ketika sidang media rasmi ERA Fm baru-baru ini.

Dalam pada itu ayat deep Nabil Ahmad, 38, tersebut membuatkan ramai memberikan balasan diruangan komen apabila rata-rata warganet terpegun sekali gus tersentuh dengan tindakan pelawak terkenal itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Kecoh Isu Kelab Komedi, Kata-Kata ‘Deep’ Nabil Ahmad Buat Ramai Terpaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*