Homestay dah tempah, kawan-kawan tak dapat hadiri majlis kahwin! Bakal pengantin terkejut luahannya di TikTok ubah segalanya

 

BAKAL pengantin pastinya pening memikirkan 1001 perkara yang perlu diteliti menjelang majlis perkahwinan mereka.

Antara yang paling penting tentunya senarai kehadiran rakan-rakan yang diharap dapat menjadi penyeri dan menambah kemeriahan majlis nanti.

Namun, lain pula cerita bakal pengantin ini apabila dia buntu dengan sikap rakan-rakannya yang membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir.

shafiq4

Majlis itu dijadual berlangsung pada Ogos dan September ini. (Gambar Hiasan)

Lebih pilu, Shafiq, 24, telah menempah sebuah inap desa untuk rakan-rakannya sebelum dimaklumkan mereka tidak dapat hadir ke majlis tersebut yang akan berlangsung pada Ogos dan September depan.

“Saya akan nikah pada hujung Ogos, majlis bersanding pula akan berlangsung pada September. Saya dah buat perancangan tiga bulan awal. Saya buat satu group WhatsApp, saya dah kumpulkan rakan-rakan rapat yang saya ajak dan akan hadir ke majlis saya.

“Dah tulis senarai nama semua, tapi bila sebulan lagi nak majlis, ramai yang PM (private message) kepada saya, kata tak dapat datang. Saya dah tempah homestay untuk mereka, dah siap bayar deposit tapi tinggal seorang dua je yang nak datang.

“Dalam group tu saya target lapan ke 10 orang kawan rapat sekampung yang akan datang. Akhirnya, masing-masing left group WhatsApp. Sejujurnya memang saya kecil hati. Saya tempah homestay untuk mereka sebab majlis belah perempuan dibuat di negeri lain,” ujar Shafiq kepada mStar.

Buntu dengan apa yang berlaku, Shafiq turut berkongsi kisah mengenai rakan-rakannya itu menerusi satu video di aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 200,000 tontonan.

Kata Shafiq, dia terkejut apabila video berkenaan meraih perhatian ramai, malah sebilangan besar netizen turut menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan kelancaran majlisnya.

Guy camera: Kim (grey shirt) branch out his photography skill to earn a living.

Shafiq turut berkongsi kisah itu sehingga meraih perhatian ramai netizen. (Gambar Hiasan)

“Bila kawan-kawan dah left group, saya tak tahu nak luah kat siapa. Sebab tu saya buat video TikTok, saya nak tengok reaksi orang lain. Alhamdulillah, ramai netizen yang memberikan sokongan.

“Tak sangka video tu viral. Sejujurnya saya tiada niat nak buka aib kawan-kawan. Saya pun tak mention sesiapa,” ujar perunding kewangan yang bekerja di Kuala Lumpur itu.

Penangan video tular turut membuka hati rakan-rakannya yang kini mengubah fikiran dan meluahkan hasrat untuk hadir ke majlisnya nanti.

Kata Shafiq, dia tidak berkecil hati dan telah menempah sebuah lagi inap desa lain untuk didiami rakan-rakannya ketika majlis tersebut berlangsung bulan depan.

“Selepas dah buat video di TikTok, kawan-kawan yang dalam group tersebut ada mesej secara personal. Mereka minta maaf, dan ada sesetengah tu cuba untuk datang. Mereka berubah hati untuk datang.

“Tapi homestay yang saya tempah hari tu, saya dah beri kepada rakan pejabat untuk duduk. Jadi, saya dah cari sebuah lagi homestay lain untuk kawan-kawan rapat ni. Alhamdulillah semua okay antara kami.

“Saya cuma nak raikan momen indah dengan mereka semua. Nak berkumpul ramai-ramai dan ambil gambar, itu yang kita nak. Sebab itu juga saya utamakan kawan-kawan,” ujarnya yang menjemput kira-kira 500 individu ke majlis tersebut.

shafiq2

500 jemputan dijangka hadir memeriahkan majlis pemuda itu. (Gambar Hiasan)

Di akhir bicara, Shafiq turut memberi nasihat kepada bakal pengantin di luar sana agar sentiasa membuat perancangan awal dan teliti dalam merealisasikan majlis mereka.

“Kepada bakal pengantin, kalau nak buat majlis, kita kena buat perancangan awal. Bila kawan dan sahkan kehadiran, boleh tempat penginapan untuk mereka. Bukan senang nak ambil masa mereka, jadi apa salahnya kita sponsor perjalanan mereka.

“Kepada kawan-kawan pula, kalau tak dapat datang, inform awal-awal. Begitu juga pengantin, kena inform awal, sebab bukan senang kawan-kawan nak minta cuti. Kena give and take, saling faham,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Homestay dah tempah, kawan-kawan tak dapat hadiri majlis kahwin! Bakal pengantin terkejut luahannya di TikTok ubah segalanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*