Nafi Warnakan Rambut Anak, Ini Penjelasan Emma Maembong

Emma Maembong mended4hkan yang warna rambut anaknya, Shariq Gabriel yang kelihatan coklat keperangan merupakan warna rambut asli, bukan hasil daripada raw4tan k1mia seperti sangkaan banyak orang.

Emma berkata, Shariq memiliki warna sedemikian memandangkan ibunya, Yatimah Zainab merupakan wanita berambut perang yang berasal daripada Scotland.

Ujar Emma lagi, dia juga memiliki warna rambut yang seakan-akan sama ketika zaman mudanya. Namun, warna tersebut sudah tidak kelihatan apabila dia mula mewarnakan rambut.

“Memang rambut dia nampak macam ada highlight kan? Saya tidak warnakannya, tapi memang rambut anak saya sebegitu… warna original.

“Kalau nak tahu, itulah warna rambut sebenar saya Ketika kecil. Sebab warna rambut mama saya keperangan dan akhirnya dapat dekat Shariq. Jadi dapat warna rambut ini daripada mama saya.

“Saya dah meningkat usia, jadi warna tu dah tiada. Tambahan pula saya selalu warnakan rambut dan touch-up uban. Jadi, dah tak nampak warna rambut sebenar.

“Dulu pun orang ingat saya warnakan rambut, tapi sebenarnya keturunan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Emma berkata, dia tidak kisah jika ada yang bersangka bvruk dan mend4kwa rambut anaknya itu diwarnakan disalon sehingga berubah menjadi keperangan.

“Saya tak kisah orang nak kata apa, asalkan jangan benda-benda negatiflah. Saya rasa tiada k3$an apa-apa pun. Bagi saya, kita jangan buat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui hal sebenar.

“Bila nampak highlight sikit mereka andaikan saya warna rambut anak. Nasib baik tak dapat warna rambut perang emas (blonde) kalau tak, tak tahulah orang cakap apa pula,” katanya lagi.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Nafi Warnakan Rambut Anak, Ini Penjelasan Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*