Telefon Dibawa La4ri, Pencuvri Tak Seda4r Kamera Tengah Rakam Video

 

Bahaya tidak mengenal masa dan tempat kerana di mana-mana sahaja kita boleh terd3dah dengan situasi yang membahayakan. Macam nasib yang dialami gadis ini apabila telefon miliknya dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa dia merakamkan video bersama ahli keluarga.

@anahanaaaa_

part 2📝 gunakan kesabaran ketika membaca ya guwais guwais😬🌚

♬ original sound – ✨h✨

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah pencuri tersebut tidak sedar wajahnya itu dirakamkan kamera hadapan telefon tersebut dan mend3dahkan wajahnya. Malah turut dapat dilihat wajahnya dengan jelas semasa dia membawa lari telefon tersebut dan menyorokkan dirinya di dalam semak.

Menurut gadis itu yang merupakan pemilik telefon itu, kejadian berlaku semasa dia meletakkan telefon tersebut untuk merakamkan video dia dan ahli keluarga. Tidak lama kemudian, lelaki tidak dikenali itu muncul dan merembat telefon tersebut sambil melarikan diri.

Gadis itu kemudian membuat laporan polis dan beberapa hari kemudian dia menerima panggilan telefon di mana individu itu mend4kwa telah menjumpai telefonnya. Individu tersebut turut meminta sejumlah wang selepas dikatakan berjaya menjumpai telefon milik gadis itu yang hilang.

Mereka akhirnya berjumpa untuk mendapatkan telefon tersebut sambil turut ditemani oleh anggota polis. Difahamkan, individu tersebut akhirnya ditahan bersama seorang lagi suspek dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa berada di kawasan awam. Dalam masa yang sama, ramai yang turut terhibur melihat cubaan lelaki itu yang tidak sedar wajahnya dirakamkan semasa melarikan diri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Telefon Dibawa La4ri, Pencuvri Tak Seda4r Kamera Tengah Rakam Video"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*