Video budak lelaki naik basikal enjlin m3sin rumput, netizen berbagi pendapat

 

VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menaiki sebuah basikal yang diubah suai menjadi ‘basikal motor’ mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

“Kreatif dan inovatif, basikal pakai mesin rumput,” tulis kapsyen pada video tular itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam video berkenaan, kenak-kanak itu dilihat sedang menghidupkan enjin mesin rumput yang dipasang pada bahagian belakang basikal.

Dengan tiga kali percubaan, ia berjaya dihidupkan sebelum kanak-kanak itu meluru laju menaiki kenderaan tersebut ke arah jalan raya.

Dia yang memakai pakaian sukan lengkap dengan songkok dan beg sekolah dipercayai menaiki basikal tersebut untuk pergi ke sekolah.

“Elok-elok, jalan tepi-tepi. Amboi laju bukan main,” ujar seorang wanita yang merakam video berkenaan.

Rakaman itu ternyata mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial termasuklah mereka yang memuji kreativiti dan inovasi yang dipamerkan.

“Zaman sekarang semakin canggih. Kenapa perlu berhutang jika kita punya idea yang boleh buat sendiri?

“Nanti kena tahan polis kalau viral. Tapi saya harap ada orang didik kanak-kanak ini untuk menjadi jurutera.

“Macam ni baru boleh jadi ikon permotoran anak muda. Fikiran ke depan. Sekarang ni dia boleh buat basikal macam motor, lepas ni mungkin dia boleh buat motor terbang.

“Tak payah tukar gear tu. Mesti famous budak ni kat sekolah agama dia,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menyelar inovasi itu yang dianggap mendatangkan risiko kepada kanak-kanak.

Malah, beberapa netizen turut memohon agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan ke atas video tular itu.

“Tak terfikir ke mak dia tu? Kan bahaya ikut jalan besar. Nanti kena langgar kereta atau lori, salahkan pemandu lain nanti.

moto

Antara komen netizen di Facebook.

“Dengan helmet tak pakai, benda boleh tahan laju tu. Anak siapa la ni?

“Habislah tak lama lagi kena pungut. Risau kalau begini. Kreatif tu bonus tapi jangan sampai bahayakan nyawa anak-anak.

“Bahaya digunakan di jalan raya. Sistem brek tidak secekap motosikal. Jangan perjudikan nyawa anak anda, lagi-lagi yang bawah umur.

“Mana ibu kanak-kanak itu? Jangan tunggu sehingga sesuatu berlaku untuk menyalahkan orang lain,” tulis netizen lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Video budak lelaki naik basikal enjlin m3sin rumput, netizen berbagi pendapat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*