Rita Rudaini kongsi video anak-anak, – “Dua dua hensem”

 

Pelakon terkenal, Rita Rudaini dan dua anaknya mendapat perhatian ramai apabila puteranya yang diberi nama, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna kini semakin membesar dengan bijak dan kacak.

Baru-baru ini pula, Airit Rayyan berusia 13 tahun telah memasuki sekolah berasrama penuh di negeri Sembilan pada April lalu manakala anak lelaki keduanya, Airit Qaqa Arjuna kini pula berusia 11 tahun.


Rita Rudaini dan dua anak lelakinya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Perkongsian Rita Rudaini yang memaparkan sebuah video gelagat dua anak lelakinya ini bagaimanapun mencuri tumpuan ramai apabila rata-ratanya tidak menyangka kedua-duanya kini sudah semakin besar.

Apatah lagi masing-masing sangat kacak yang menyebabkan video dikongsikan Rita Rudaini ini turut membuatkan ramai memuji kekuatan pelakon jelita itu membesarkan mereka.

@ritrud727

 

♬ original sound – Rita Rudaini

Hantaran video yang dikongsikan itu menarik perhatian ribuan pengguna TikTok untuk meninggalkan ratusan reaksi kepada keluarga selebriti berkenaan disamping berdoa yang terbaik buat Rita Rudaini dan dua anak lelakinya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Rita Rudaini kongsi video anak-anak, – “Dua dua hensem”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*