Berhijrah & Bersara Dunia Lakonan, Perkongsian Terbaru Sarah Hildebrand Buatkan Netizen Tertanya-tanya

Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.

Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

 

Komen Netizen:

“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Perkongsian Sarah itu membuatkan ramai peminatnya teruja selain mereka turut mendoakan kejayaan aktres itu di masa hadapan.

“Adakah awak menyertai pasukan tentera, Sarah? Tahniah!

“Patutlah nak tambah berat badan. Tahniah Sarah.

“Fuh, hebatlah Sarah!

“Tahniah! Saya bangga dengan awak,” tulis beberapa netizen.

Rakan artis seperti Dayah Bakar, Nadia Brian dan penyanyi Amir Hassan juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Sarah.

Terdahulu, Sarah mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video di Instagramnya.

Selepas bersara, pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara kelahiran bapanya.

Sarah juga pernah berkata yang dia tidak berhasrat untuk kmebali lagi ke negara ini.

 

Foto:  Instagram Sarah Hildebrand

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "Berhijrah & Bersara Dunia Lakonan, Perkongsian Terbaru Sarah Hildebrand Buatkan Netizen Tertanya-tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*