Anak J4tuh Ketika Berk4wad, Tinda4kan Bapanya Buat Netizen Terharu

Tiada tandingan kasih seorang ayah, itulah yang dapat diungkapkan apabila melihat kompilasi foto seorang peserta kawad kaki yang pengs4n, kemudian dipapah oleh bapanya.

Ingatkan bakal diusung keluar, rupanya…

Menerusi perkongsian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di laman Facebook, dilihat seorang peserta pengs4n ketika sedang berkawad di Maktab Penjara Kajang.

Dalam perbarisan bersempana Hari Penguat Kuasa KPDNHEP itu, seorang lelaki dilihat pengsan ketika berada di tengah-tengah padang, sehingga terbaring.

Selepas itu, dilihat seorang lelaki lewat usia berkopiah, dipercayai bapa kepada peserta itu bergegas ke tengah-tengah padang bagi membantu lelaki berkenaan.

Alexander berkata, hadirin yang hadir pada majlis tersebut menyangka bahawa peserta tersebut bakal dipapah keluar daripada perbarisan, namun berlaku sebaliknya.

“Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.”

Bapa jadi ‘benteng’

Walaupun dimamah usia, bapa tersebut memapah anak lelakinya itu, kemudian dibantu untuk bangun semula. Bukan itu sahaja, bapa berkenaan malah berdiri menjadi ‘benteng’ agar anaknya tidak j4tuh semula.

Tambah Alexander, situasi tersebut telah mengundang seb4k hadiran pada majlis tersebut, dan rata-rata mereka mula menitiskan air m4ta.

“Melihatkan peng0rbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air m4ta hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.”

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 2,000 ‘share’. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan seb4k melihat foto-foto tersebut, termasuk ada yang mula merindui bapa mereka yang telah pergi buat selamanya.

Komen netizen:

Sumber : Oh Bulan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : keramatviral

Be the first to comment on "Anak J4tuh Ketika Berk4wad, Tinda4kan Bapanya Buat Netizen Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*