Akhirnya kekeliruan isu inai terjawab… Neelofa undang profesor, ulas kontrov3rsi tak sah solat

SELEBRITI dan usahawan popular Neelofa tampil memberi penjelasan susulan 1su produk inai keluaran syarikatnya yang sebelum ini timbul kekeliruan berkenaan sah solat.

Menjawab hal tersebut, Neelofa atau atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, 33, berkata dia lega apabila hal itu dapat diperjelaskan melalui satu kerjasama kajian dengan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini.

“Saya dah tahu dari awal material produk ini halal dan sah solat, namum masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi viral.

Neelofa, PU Riz bersama Prof Madya Dr Zul Hemi yang menjalankan kajian terhadap produk inai Nunha.

“Untuk saya bvktikan kepada orang tak cukup dengan kata-kata. Jadi kami bekerjasama dengan UMT bagi menjawab segala keraguan.

“Alhamdulillah… saya bersyukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya telah membvktikan bahawa inai ini telap air,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika sidang media Innai Nunha yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.

1su berkaitan inai ini mula timbul apabila netizen mempertikaikan status produk ini dan turut membuat video seolah-olah ia tidak sah dibawa solat.

“Jujur bila 1su ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram.

“Tapi kami sedia maklum yang ramai risau, jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan.

“Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini,” ujarnya.

Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu Mohd Haris Ismail turut memberitahu kerjasama dengan UMT ini adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai terutamanya pelanggan.

Neelofa dan suaminya, PU Riz jawab kontroversi inai.

“Kalau orang lain risau, kami lebih risau kerana sebagai perniaga dan menjual atas tiket agama.

“Tak mungkin kami tergamak menipu pengguna. Kami reda dengan duga4nini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,” jelasnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Akhirnya kekeliruan isu inai terjawab… Neelofa undang profesor, ulas kontrov3rsi tak sah solat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*