‘Melur’ Tersenarai Antara 100 Wajah Tercantik Di Dunia Bagi Tahun 2022

 

Sebut sahaja nama Anna Jobling pastinya ramai akan mengingati wataknya sebagai Melur dalam drama ‘Melur Untuk Firdaus’. Antara pelakon wanita baharu yang semakin menyinar, pelakon wanita dengan nama Anna Jobling terus menerus menjadi perhatian ramai.

Malah baru-baru ini, Harian Metro melaporkan Anna Jobling tercalon 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler. Difahamkan juga Anna Jobling adalah satu-satunya calon yang mewakili Malaysia dalam senarai tersebut.

Menerusi laporan tersebut juga Anna memberitahu pengiktirafan tersebut sangat besar kerana ia di peringkat dunia dan disenaraikan sebaris dengan jelitawan lain dari luar negara. Selain dari itu, Anna Jobling sendiri memiliki takrifan sendiri mengenai kecantikan.

Katanya cantik itu dari luaran dan ia sangat subjektif. Dia juga percaya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.

“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara autom4tik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,” kata pelakon jelita ini.

Selain Anna Jobling tercalon 100 Wajah Tercantik 2022, antara selebriti lain adalah Jisoo Blackpink (Korea Selatan), Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam) dan ramai lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "‘Melur’ Tersenarai Antara 100 Wajah Tercantik Di Dunia Bagi Tahun 2022"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*