Lebih sejam cuba bers4lin normal, Ayie (Floor88) men4ngis lihat isteri bert4rung nyawa lahir anak pertama

BERKONGSI detik menyambut kelahiran anak pertama, penyanyi Ayie dari kumpulan Floor88 terharu dan menitiskan air mata melihat isterinya, Tasha Awie yang terpaksa bertarung nyawa selama lebih satu jam untuk cuba bersalin secara normal.

Bagaiamanpun disebabkan terlalu lama dan Tasha sudah kehilangan tenaga, doktor menasihatkan untuk menjalani pembed4han dan mereka selamat bergelar ibu bapa kepada seorang anak perempuan yang lahir pada pvkul 3.18 petang di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

“Saya bawa isteri ke h0spital pada awal pagi Jumaat selepas dia mula mengadu s4kithendak bersalin. Dia kemudian dimasukkan ke bilik bersalin sekitar pvkul 1 petang dan melalui proses meneran selama lebih satu jam kerana mahu bersalin normal.

ayie 3

Ayie bersyukur kini bergelar bapa.

“Apabila isteri semakin lemah disebabkan hilang banyak tenaga, doktor nasihatkan untuk jalani pemb3dahan. Saya hanya serahkan kepada doktor untuk melakukan yang terbaik dan paling penting isteri dan anak selamat.

“Melihat isteri dalam keadaan begitu memang membuatkan saya berasa sed1h sehingga saya sendiri menangis.

“Pada mulanya saya dibenarkan masuk ke dewan b3dah, namun ada sedikit masalah untuk keluarkan bayi, jadi saya diminta keluar. Lebih kurang dua minit tunggu di luar saya dengar tangisan bayi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

“Perasaan ketika itu sangat sukar digambarkan kerana akhirnya isteri selamat bersalin dan saya kini bergelar seorang bapa,” katanya ketika dihubungi mStar.

Meluahkan rasa syukur setelah proses itu berjalan lancar, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, memberitahu isteri dan bayi mereka kini dalam keadaan baik dan dijangka pulang ke rumah pada Ahad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)

Memulakan kehidupan baharu sebagai seorang bapa, kata Ayie dia sentiasa bersedia dan tidak pernah merasa kekok untuk menjaga bayi kerana sudah berpengalaman.

“Saya anak sulung dalam enam orang adik-beradik. Sejak kecil saya sudah lihat bagaimana ibu bapa menjaga bayi dan tahu serba sedikit tentang proses penjagaan. Jadi tidak pernah kekok untuk jadi bapa.

“Adik kepada isteri saya juga masih kecil. Kami biasa bawa dia berjalan dan menjaganya. Lagipun kami memang sudah bersedia awal untuk bergelar ibu dan bapa,” jelasnya.

Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2020 dan mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.

ayie 2

Ayie dan Tasha akan kongsi lebih banyak content media sosial bersama anak.

Pasangan ini juga akan berkongsi nama anak mereka dalam masa terdekat di media sosial.

“Buat masa sekarang masih terlalu awal nak kongsi wajah anak dan nama. Saya juga horm4ti permintaan isteri. Selepas ini akan ada lebih banyak content media sosial bersama anak kami,” ujarnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Lebih sejam cuba bers4lin normal, Ayie (Floor88) men4ngis lihat isteri bert4rung nyawa lahir anak pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*