“Isteri Belum Bers3edia,,,” – Azmi Saat H0rmati Keputusan Isterinya

Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata lagi.

Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak mereka men1nggal dunia pada September tahun lalu.

“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.

“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan r4watansupaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.

“Tapi, isteri kata, dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semulajadi,” katanya kepada MH.

Azmi ditemui pada majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku yang diadakan di Pejabat Indigital, Damansara Perdana, Selangor pada Jumaat.

Vokalis kumpulan Caliph Buskers ini juga berkata setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kvbur anak mereka yang terletak di Tanah Perkvburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.

“Sekarang ini isteri saya sudah semakin okey. Cuma ada ketika perasaan sedih itu akan datang tiba-tiba. Dia akan minta untuk ziarah kvbur anak untuk lepaskan rindu.

“Saya reda dan Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jena4zah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai single terbaharunya itu, Azmi berkata lagu ciptaan Ajai dan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didekasikan buat Allahyaraham anaknya.

“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.

“Saya harap lagu ini diterima baik pendengar semua,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, anak Azmi, Khairul Afnan men1nggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.

Khairul Afnan merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Isteri Belum Bers3edia,,,” – Azmi Saat H0rmati Keputusan Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*