Konvo Tanpa Ibu, Gadis Terharu Ibu ‘Besties’ Turut Hadiahkan Bunga

 

Setiap pelajar pastinya akan menantikan majlis konvokesyen atau graduasi yang menjadi penamat kepada perjalanan pengajian mereka. Kebiasaannya pada hari yang bermakna ini, kaum keluarga dan sahabat handai akan datang meraikan kejayaan pelajar yang telah berhempas pulas menamatkan pengajian.

@anotherayesha1 Ma, I did it 🤍 dulu mama selalu bagi duit belanja lebih untuk I belanja both my bestie makan. see hows their mom treats me now after ure gone ma. terima kasih pinjamkan mama kalian semalam. I’ll cherish this moment forever ✨️ #fyp #rinduibu #sad ♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

Hari konvokesyen biasanya lebih bermakna diraikan bersama keluarga tercinta namun buat gadis ini dia akur apabila tidak dapat meraikannya bersama ibu tercinta. Menerusi video yang dikongsikan ini, dia memberitahu ibunya telah men1nggal dunia pada tahun lepas dan tidak dapat bersamanya pada hari konvokesyennya itu.

Namun apa yang membuatnya terharu ialah ibu kepada rakan-rakan baiknya turut sama-sama meraikan kejayaannya itu dan menghadiahkan bunga buatnya. Malah gadis itu turut berasa terharu dengan layanan yang diberikan mereka ini dan langsung tidak menyangka akan diberikan layanan yang begitu baik sekali.

“Dulu mama selalu bagi duit belanja lebih untuk I belanja both my bestie makan. See how their mom treats me now after you’re gone ma. Terima kasih pinjamkan mama kalian semalam…”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa sebak dan terharu melihat situasi yang dialami gadis ini. Difahamkan, ibu kepada gadis itu men1nggal dunia pada tahun lalu akibat daripada C0v1d-19 dan beberapa bulan selepas itu gadis ini berjaya menerima ijazahnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Konvo Tanpa Ibu, Gadis Terharu Ibu ‘Besties’ Turut Hadiahkan Bunga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*