[VIDEO] “Kejujuran lebih baik dari keuntungan” – Tular peniaga jalanan hilang 300 ringgit disebabkan coklat tarikh luput

Kalau dah bukan rezeki kita, buat la macam mana pun tetap ianya tidak akan menjadi milik kita. Itu adalah konsep rezeki. Semua yang berjinak dengan perniagaan mestilah mahukan keuntungan tetapi kalau sudah bukan rezeki, maka haruslah diterima dengan rela hati.

Lebih-lebih lagi kepada peniaga jalanan, walaupun peniaga jalanan ini mendapat untung yang tidak seberapa dibandingkan dengan kedai makan tetapi jika itu sahaja sumber pendapatan yang ada, bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun rugi tetapi menjaga kualiti produk yang dijual.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga jalanan yang menjual air balang berperisa coklat apabila peniaga itu tidak menyedari bahawa serbuk koko yang dibeli sudah tamat tarikh luputnya dan peniaga itu sudah membancuh minuman itu untuk dijual sebagai barang jualan pada hari itu.

Sesudah menyedari bahawa serbuk koko itu telah tamat tarikh luputnya dan peniaga itu mengambil keputusan untuk membuang air bancuhan koko tersebut ke dalam sebuah parit. Walaupun nilai kerugian yang dianggarkan sekitar RM300 ringgit tetapi mereka memgambil kira aspek kesihatan yang akan terjejas jika mereka tetap menjual air bancuhan koko itu.

Video:

@azharpenjualjalanan

Benda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. 😭😭

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan mulia yang dilakukan oleh peniaga itu yang hanya tidak memikirkan keuntungan sahaja tetapi aspek kesihatan pelanggan yang meminumnya nanti.

Komen Netizen:

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Tiktok azharpenjualjalanan

Be the first to comment on "[VIDEO] “Kejujuran lebih baik dari keuntungan” – Tular peniaga jalanan hilang 300 ringgit disebabkan coklat tarikh luput"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*