Kurangkan risiko orang hil4ng t4npa k3s4n, doktor ini ajar aktifk4n fuvngsi ‘live location’ WhatsApp

 

PENANTIAN berakhir, kehilangan seorang anak sejak 10 bulan lalu akhirnya terjawab.

Mayat lelaki yang hilang sejak Oktober tahun lalu ditemukan selepas seorang penunggang motosikal ternampak objek seperti bumbung kenderaan di dalam sungai ketika membuang sebatang besi ke tepi sungai.

Kisah kehilangan seorang pemuda berusia 24 tahun, sebelum ini tular di media sosial tahun lalu apabila adiknya memohon kerjasama orang ramai mengesan abangnya yang gagal dihubungi selepas keluar rumah dari Johor ke Terengganu.

Berita sedih itu turut dirasai rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arw4h, termasuk pakar kesihatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan,” katanya.

Live Lokasi WhatsApp 1

Pasukan bomba mengeluarkan sebuah kereta dari tepi sungai.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, Dr Kamarul berkata, k3skehilangan individu akibat kem4langan seumpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung seperti sungai dan gaung.

“Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutama apabila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh pada waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

“Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya.

Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun grup.

2. Di tetingkap individu atau grup berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

Live Lokasi WhatsApp 3

Tekan butang kongsi.

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan (attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

Live Lokasi WhatsApp 4

Tekan butang lokasi.

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak).

Live Lokasi WhatsApp 5

Tekan butang kongsi lokasi ‘live’.

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

Live Lokasi WhatsApp 6

Tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Live Lokasi WhatsApp 7

Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Dr Kamarul berkata, sekiranya individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, mereka dinasihatkan supaya segera hubungi pemandu untuk mendapatkan kepastian.

“Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman daripada pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

“Semoga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi daripada musibah,” ujar beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Pada Sabtu, media melaporkan polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dilaporkan berkata, mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina pada pvkul 11.40 pagi.

Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan yang dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga m4ngsa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kurangkan risiko orang hil4ng t4npa k3s4n, doktor ini ajar aktifk4n fuvngsi ‘live location’ WhatsApp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*