Lirik Lagu Casablanca Terus Jadi Perhatian, Pemuda Ini Pula Terangkan Penggunaan Istilah

 

Runut bunyi dengan judul Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini terus menjadi buah mulut ramai. Sebuah lagu yang cukup unik hinggakan tular di TikTok dan ramai yang menyedari kehadirannya.

Namun begitu, lirik lagu Casablanca yang berbunyi “denyut..jantung ku berdebar..” ini telah menjadi perhatian ramai. Sebelum ini Cikgu Zackirana yang popular di sosial media ada mengulas mengenai lirik tersebut.

Namun jika ada yang menontonnya video penerangan denyut dan degup jantung ini hingga ke hujung pasti tidak akan mempertikaikan mengenainya. Dalam video tersebut telah dijelaskan sebaik mungkin mengenai penggunaan istilah tersebut.

Ternyata, bagi penulisan kreatif agak bebas dan tidak terikat dengan tatabahasa. Jadi ‘denyut jantung ku berdebar’ ini hanyalah metafora penulis lirik dalam lagu tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lagi penggun TikTok dengan nama akaun zhiddinazizz menerangkan lagi mengenai penggunaan istilah denyut dan degup dalam lirik lagu tersebut. Berikut adalah penerangan penggunaan istilah lirik darinya:

@zhiddinazizz @zhiddinaziz ♬ original sound – zhiddinaziz

Menurut pemuda ini lagu adalah karya bebas, boleh melanggar segala hukum bahasa. Jadi buat orang ramai fahami dulu konteks barulah faham . Apa-apa pun penerangan pemuda ini telah buatkan ramai faham dan memujinya.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian penerangan penggunaan istilah lirik tersebut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lirik Lagu Casablanca Terus Jadi Perhatian, Pemuda Ini Pula Terangkan Penggunaan Istilah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*