Ryan Bakery Tak Sangka Dapat ‘Gift Singa’, Rezeki Buat Duit Kahwin

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, sesi live Ryan Bakery di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.

Menerusi sesi live itu, Ryan menerima hadiah Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali sehingga mengejutkan pemuda itu yang bimbang jika Sultan Pemurah itu tersilap menekan gift mewah berkenaan.

Ryan berkata dia tidak mengharapkan hadiah daripada pengikutnya sebaliknya hanya mahu berborak secara santai sambil bermain mainan.

Video:

@nrfarrahhanim #rwyfb #fyp ♬ original sound – Nrfarrah

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Malah, Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook berkongsikan mengenai harga gift yang diberikan oleh Sultan Pemurah kepada Ryan.

Video:

@nrfarrahhanim #rwyfb ♬ original sound – Nrfarrah

Difahamkan, nilai gift Singa yang diberikan berharga RM1049.90. Agaknya, berapa nilai diterima apabila Ryan berkali-kali menerima gift tersebut ditambah pula dengan Castle Fantasy dan Orang Utan.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan Sultan Pemurah berhabis RM30,000 ketika sesi live pada malam untuk. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan gift yang diterima itu adalah rezeki kahwin buat pemuda tersebut.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "Ryan Bakery Tak Sangka Dapat ‘Gift Singa’, Rezeki Buat Duit Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*