Lelaki Kongsi Pengalaman Perhati Pekerja Sektor F&B, Tak Menang Tangan Layan Pelanggan

 

Sejak kebelakangan ini, 1su kekurangan pekerja di bahagian food and beverage (F&B) menjadi perdebatan ramai di media sosial. Menjadi satu masalah buat kebanyakan restoran apabila mereka kini mengalami masalah kekurangan pekerja sekaligus menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesan.

Tidak terkecuali, restoran makanan segera juga turut sama terjejas seperti satu perkongsian yang tular dikongsikan di Twitter kini. Menerusi perkongsiannya ini, lelaki itu berkongsikan pengalamannya semasa berada di sebuah restoran makanan segera baru-baru ini.

Menurutnya, dia berada di restoran tersebut selama empat jam dan sempat memerhati situasi yang berlaku di sana serta mendapati hanya terdapat tiga pekerja sahaja yang bertugas. Masalah kekurangan pekerja di situ diburukkan lagi dengan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus hadir menyebabkan para pelanggan terpaksa menunggu lama.

“Orang beratur tak berhenti-henti sampai ke luar. Bila tanya adik tu, adik okay ke? Bercucuran jatuh air mata dia.”

Lelaki itu juga turut meluahkan rasa hormatnya pada mereka yang bekerja di dalam bidang F&B yang mampu bertahan ditambah pula perlu melayan kerenah pelanggan. Dalam masa yang sama, dia turut meminta orang ramai untuk bertimbang rasa dengan pekerja F&B terutamanya dalam situasi sekarang ini di mana rata-ratanya mengalami masalah kekurangan pekerja.

Komen Netizen

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Kongsi Pengalaman Perhati Pekerja Sektor F&B, Tak Menang Tangan Layan Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*