Rider Kena ‘Sidai’ Dalam Hujan Lebat Gara-Gara Pelanggan Tak Keluar Rumah

 

Pekerja perkhidmatan penghantaran atau rider antara pekerjaan yang paling banyak diceburi oleh anak muda pada masa kini. Namun ia bukanlah satu pekerjaan yang mudah terutamanya untuk melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam sekarang ini. Sama seperti sebuah video yang tular dan menerima perhatian ramai pada ketika ini.

@naddyross

guys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .

♬ original sound – 1%

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan keadaan seorang rider yang sedang menunggu di hadapan rumah pelanggannya. Dalam masa yang sama, hujan turun dengan begitu lebat sekali ditambah pula dengan kilat petir yang sesekali menyambar pada waktu itu.

Menurut pemilik video, rider tersebut dilihat menunggu di hadapan rumah tersebut selama hampir lima minit namun tiada sesiapa yang keluar. Pemilik video yang berasa kasihan melihat rider tersebut dalam keadaan basah kuyup itu telah mempelawanya untuk berteduh di rumahnya sementara menunggu.

Namun m4langnya, pelanggan tersebut masih gagal untuk dihubungi menyebabkan pesanan tersebut terpaksa dibatalkan. Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video sempat menasihati orang ramai untuk lebih peka sekiranya ada membuat pesanan dan tidak membiarkan rider menunggu dalam tempoh yang lama.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa simpati melihat keadaan rider tersebut. Malah ada yang menganggap tindakan pelanggan tersebut sangat tidak wajar dan menyusahkan para rider yang perlu mengejar masa.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Rider Kena ‘Sidai’ Dalam Hujan Lebat Gara-Gara Pelanggan Tak Keluar Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*