Isteri luah kek3s4lan terbesar! Arwh suami baik, ‘almost perfect’ tapi foto berdua tak sampai 20 keping

 

KEHILANGAN insan bergelar suami lebih-lebih lagi ketika anak-anak masih kecil sememangnya terlalu perit.

Itulah yang dilalui oleh Nurul Mohd apabila suaminya, Abdul Razak Jemali menghembuskan nafas terakhir, Julai tahun lalu.

Sungguhpun sudah setahun bergelar balu dan ibu tunggal kepada tiga anak, pem3rgian suami tersayang selepas hampir dua minggu bertarung nyawa melawan C0v1d-19, benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat empat beranak ini.

nurul 4

Nurul bersama tiga permata hati dan arw4h suami yang men1nggal dunia, Julai tahun lalu.

Reda dengan pem3rgian suami yang disifatkan sebagai seorang insan yang terlalu baik, Nurul terpanggil untuk berkongsi kisahnya untuk dijadikan pengajaran dan iktibar buat pasangan yang lain.

“Selepas suami men1nggal dunia, saya baru start menulis. Saya banyak menulis mengenai kehilangan dan ‘grieving’. Orang kita selalu cakap kena reda, ya kita tahu untuk reda.

“Saya dan ada kawan-kawan yang juga bergelar balu tahu mengenai hakikat itu. Namun bila suami menjadi partner yang baik sepanjang perkahwinan, ia sangat beri kesan kepada isteri.

“Saya ingat perbualan dengan seorang rakan, ketika itu arw4h suami saya baru men1nggal dunia kira-kira lima bulan. Katanya ‘kalau suami saya meninggal, saya mesti tak rasa apa yang akak rasa’.

“Itulah turning point untuk saya menulis mengenai kisah ini. Suaminya adalah suami yang ‘absent’. Objektif tulisan ini, bagi yang sudah berkahwin, jadilah partner yang baik supaya pasangan anda akan selalu merindui dan mengingati anda sentiasa,” kongsinya kepada mStar.

nurul 1

Nurul kini menggalas peranan sebagai ibu dan bapa selepas suami tercinta men1nggal dunia tahun lalu.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 40an ini turut berkongsi keperibadian arw4h suaminya sepanjang 11 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

“arw4h sangat ‘rare’. Dia tak mahu saya anggapnya seperti raja. Dia bukan macam sesetengah suami yang mahu isteri wajib memasak dan buat semua kerja rumah.

“arw4h sudah biasa melakukan semua perkara sewaktu bujang. Dia suruh saya jaga anak dan tumpukan kepada keluarga saja. Dia ringan tulang tolong basuh pinggan, sapu sampah… kalau ada nampak benda belum settle dia akan tolong.

“Setiap kali selepas dia dapat gaji, dia suruh saya ambil jumlah besar, manakala tinggalkannya sekitar berapa ratus sahaja. Kadang dia marah kalau saya minta maaf sebab terguna duitnya.

“Dia kata ‘saya bekerja untuk famili… duit itu semua untuk you guna buat kegunaan keluarga’. Kesimpulannya, lelaki yang baik ini wujud di dunia,” katanya yang merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas.

Berkongsi lebih lanjut, Nurul menambah, satu-satunya perkara yang membuatkannya terkilan dan menyesal sehingga kini selepas pem3rgian arw4h adalah apabila menyedari bahawa mereka tidak mempunyai banyak gambar berdua selama menjadi suami isteri.

nurul 2

Nurul memilih untuk bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas kerana mahu memberi tumpuan kepada tiga anaknya yang sedang membesar.

“Itulah kekesalan terbesar saya. Bila nak buat posting, saya macam ‘alamak! Mana gambar aku berdua dengan suami?’. Kami lebih banyak ambil gambar bersama anak-anak. Gambar kami berdua tak sampai 20 keping.

“Sebenarnya kalau ada gambar berdua dengan suami, ia bagi feeling macam kita baru jatuh cinta dulu. Jadi waktu sekarang ini, bila tengok satu gambar yang arw4h cium kepala saya, terasa rindu sangat,” ujarnya yang sebelum ini merupakan ketua analisa data di institusi kewangan.

nurul 3

Membawa anak-anak menziarahi pusara arw4h ayah mereka.

Tidak menyangka perkongsiannya mengenai arw4h suami di Facebook menjadi tular sehingga meraih hampir 1,000 shares, Nurul berkata dia mahu menyampaikan mesej kepada orang lain agar menjadi suami atau isteri yang baik kepada pasangan masing-masing serta belajar untuk menghargai setiap momen bersama.

“Kalau ada lelaki yang baca nukilan saya, ingatlah kalau anda baik dengan anak dan isteri, mereka akan ingat anda sampai bila-bila. Anak-anak tak lupa ayah sayang mereka dan akan berdoa untuk ibu ayah mereka.

“Kalau anda menjadi suami yang ‘wujud’ dalam rumah tangga, semestinya pasangan anda akan benar-benar terasa kehilangan anda,” katanya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Isteri luah kek3s4lan terbesar! Arwh suami baik, ‘almost perfect’ tapi foto berdua tak sampai 20 keping"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*