[Video] Akad Nikah Menggunakan Bahasa Isyarat Buatkan Ramai Terharu

 

Acara pernikahan adalah hari penyatuan dua jiwa menjadi satu. Tidak kira apa juga keadaan pasangan pengantin tersebut, hari bahagia tersebut haruslah diraikan bersama sahabat handai dan keluarga.

Baru-baru ini satu rakaman dengan paparan majlis akad nikah menggunakan bahasa isyarat telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama amrimjs:

@amrimjs

Jodoh & pertemuan adalah ketentuan Allah.. semoga kekal hingga Syurga..

♬ Selamat Pengantin Baru (Alhamdulillah) (Instrumental) – Instrumental

Menerusi perkongsian video ini kelihatan pengantin lelaki sedang akad nikah menggunakan bahasa isyarat. Setelah sah, pengantin tersebut membaca ikrar pernikahan juga dengan menggunakan bahasa isyarat.

Video majlis akad nikah menggunakan bahasa isyarat ini cukup indah dan unik untuk disaksikan. Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 141 ribu likes.

Sudah tentunya acara pernikahan sebegini menyentuh hati ramai yang menyaksikannya. Kekurangan yang dimiliki pengantin ini tidak menjadi sebab dirinya untuk membina bahtera mahligai kebahagiaan.

Apa-apa pun di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa kagum menyaksikan perkongsian acara akad nikah cukup unik ini. Malah ada juga yang rasa terharu menyaksikan saat bahagia pasangan pengantin tersebut.

Berikut antara reaksi ramai mengenai perkongsian rakaman majlis akad nikah unik ini yang ditinggalkan di ruangan komen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Akad Nikah Menggunakan Bahasa Isyarat Buatkan Ramai Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*