Gelagat Comel Anjng Minta Air, Ketuvk Pagar Macam Minta Huvt4ng

 

Haiwan seperti kucing menjadi antara yang cukup sesuai untuk dipelihara. Begitu juga anjing, namun ia lebih sesuai untuk yang bukan beragama Islam.

Namun begitu, baru-baru ini perkongsian satu video seorang lelaki ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam perkongsian tersebut dipaparkan seekor anjing yang sangat comel menyalak di depan pagar rumahnya.

Difahamkan anjing tersebut ke situ untuk meminta air. Bukan hanya menyalak, malah anjing ini turut ‘menggoncangkan’ pintu pagar tersebut. Lelaki itu kemudiannya membuka pintu pagar dan memberikan anjing ini air yang diisikan di dalam bekas.

Aksi comel anjing ini telah membuatkan warganet terhibur menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat comel anjing minta air pada lelaki tersebut:

@abdullahjamadi Anjing kerek minta air..Offer dia cendol, dia taknak.. 😅 #abdullahjamadi #pet #pencintahaiwan ♬ original sound – Abdullah Jamadi | Cikgu Urut

 

Alahai manja ya anjing ini! Macam spesis ada tuan rasanya anjing macam ini. Perkongsian rakaman ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun abdullahjamadi.

Selain dari rakaman tersebut, lelaki ini turut memuat naik rakaman lain dengan paparan keletah comel anjing sama.  Kali ini haiwan berbulu tersebut ajak berjalan pula. Berikut adalah rakaman tersebut:

@abdullahjamadi Anjing kerek ajak jalan2 time tengah malam. #abdullahjamadi #pet #pencintahaiwan ♬ original sound – Abdullah Jamadi | Cikgu Urut

Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat comel anjing minta air ini telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan 79 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur dengan rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gelagat Comel Anjng Minta Air, Ketuvk Pagar Macam Minta Huvt4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*