“Minggu Busy. Keluar Pagi, Balik Pagi,” – Ayda Jebat Sedih Tak Sepenuhnya Isi Masa Dengan Anak

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat baru-baru ini berkongsi rasa cinta dan sayang buat anak sulungnya, Ana Nayla yang kini mencecah usia 10 bulan.

Menurut Ayda, dia serba salah kerana perlu meneruskan komitmen terhadap kerjaya tetapi pada masa sama rasa sedih kerana tidak dapat untuk isi masa bersama permata hati sepenuhnya.

Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Pinjamkan Hatiku ini menerusi Insta Stories.

“Minggu busy. Kerja back to back. Keluar pagi, balik pagi. Tidur tak tentu lagi. Orang tengok hidup kita senang, yang susah dan gigih bekerja kita kita je tau.

“Hari ini balik awal, baby terbangun tidur, nampak je Mommy terus senyum. Haih.. saya cair.. saya nangis. Sedih tak dapat spend time and jaga Baby, sorry,” tulisnya.

Ayda pada masa sama akui semua yang dilakukan adalah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, pada masa depan.

“Mommy and Daddy Bil (Nabil Mahir) kerja. For you ya sayang. Better future for you insya-Allah. Only the best for you. Love you so much @ananaylaofficial,” titipnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "“Minggu Busy. Keluar Pagi, Balik Pagi,” – Ayda Jebat Sedih Tak Sepenuhnya Isi Masa Dengan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*