Kandungan Video Disukai Ramai, Ryan Bakery Terharu

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, Selasa lalu pemuda berusia 28 tahun itu dijemput ke program MeleTOP sekaligus mendapat pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ryan menzahirkan rasa terharu dengan sokongan diterima selepas muncul di kaca televisyen.

“Sejujurnya saya terharu sangat sangat…Saya tak mampu nak repost satu persatu story awak semua…Saya hargai sangat sangat…

“Awak semua baik sangat dengan saya.Saya balik kampung je nanti, kita sambung konten nostalgia!!” tulisnya.

@mymeletop Ni nak sedih ke nak gelak pun min tak tahu lah. 😂 #MeleTOP #ryanbakery #themaids #budakbedak #sherryalhadad ♬ original sound – MeleTOP

Beberapa hari lalu, sesi live Ryan Bakery di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila mendapat hadiah luar biasa daripada seorang pengguna pemurah dikenali Sultan Pemurah.

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraan bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Kandungan Video Disukai Ramai, Ryan Bakery Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*