Hanya mahu k0ngsi kasih sayang, Vida tak fikir mahu g4nti tempat arw4h Siti Sarah

BARU-BARU ini video yang dimuat naik oleh usahawan Datuk Seri Vida meluangkan masa makan malam bersama pelawak Shuib dan tiga orang anaknya menjadi bualan dan kecaman netizen.

Di sebalik kegembiraan mereka bersama, ada dalam kalangan netizen kurang senang dengan kenyataan Vida yang mengatakan dia menumpang kasih dengan anak-anak Shuib sedangkan dia sendiri mempunyai cahaya mata.

Menjawab tuduhan netizen, kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, dia sudah lama mengenali tiga orang anak Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq m4tin.

vida 2

Vida sudah lama rapat dengan Shuib.

Hubungan mereka juga sangat rapat sebelum ini dan perjumpaan tersebut bagaikan sesi melepas rindu kerana sudah lama tidak bertemu.

“Kasih sayang untuk anak-anak tidak kita tidak boleh nilai dengan angka. Apa lagi bagi mereka yang sudah tiada ibu. Saya sayangkan mereka semua.

“Malah saya anggap macam anak sendiri dan boleh menyayangi mereka begitu. Mereka rapat dengan saya dan kami telah lama kenal.

“Saya sendiri dapat rasakan sentuhan ikhlas mereka sayangkan saya apabila bertemu. m4tin berlari mendapatkan saya ketika sesi perjumpaan tersebut,” katanya.

Menerusi ruangan komen pada video yang dimuat naik oleh Vida itu, ada juga netizen mahu menjodohkan dirinya dengan Shuib.

Tidak pernah terfikir untuk menggantikan tempat allahy4rham Siti Sarah yang men1nggal dunia pada Ogos tahun lalu, Vida juga mendoakan Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita yang jauh lebih baik.

“Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arw4h Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya.

“Saya hanya curahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan berdoa semoga Shuib jumpa wanita yang lebih baik kerana saya tidak sesuai untuk dia,” jelasnya.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pvkul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perub4tan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0v1d-19.

A4llahy4rham menjalani pemb3dahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Hanya mahu k0ngsi kasih sayang, Vida tak fikir mahu g4nti tempat arw4h Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*