Sempoi Melayan Peminat Cilik, Zizan Razak Dipuji

 

Mendengarkan nama Zizan Razak sahaja pastinya ramai yang akan teringatkan jenis lawak selamba darinya. Melihatkan gaya Zizan Razak yang sempoi membuatkan dirinya mudah didekati ramai. Selain dari itu, Zizan Razak juga cukup terkenal dengan suka menghiburkan ramai.

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Zizan Razak melayan peminat telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

@isseyfazlisham Cewahhh adik ni mitok buat ❤️ dengan @zizanrazak869 . Coming soon. Telemovie Terangganu . Tajuk : Damak si Kuba. Astro Citra. #zizanrazak #astrocitra @astrogempak ♬ original sound – Issey Fazlisham

Menerusi perkongsian tersebut kelihatan gaya mesra Zizan Razak melayan beberapa remaja perempuan. Salah seorang dari kumpulan remaja perempuan ini meminta Zizan Razak untuk membuat gaya ‘love’ dan rakan yang lain merakamkan foto mereka.

Pada awalnya Zizan buat gaya mini love, namun peminatnya itu minta gaya bentuk hati dengan cara berbeza. Pelawak ini dilihat sempoi melayan sahaja permintaan peminatnya itu.

Gelagat sempoi Zizan Razak ini dipuji ramai.Perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh rakan selebriti Issey menerusi akan TikTok miliknya ini telah meraih lebih 275 ribu tontonan dan 13 ribu likes.

Perkongsian rakaman Zizan Razak sempoi melayan peminatnya ini telah membuatkan ramai memujinya. Rata-rata warganet turut berasa kagum menyaksikan gaya sempoi Zizan Razak yang tidak sombong melayan peminatnya.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian di Tiktok ini:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Sempoi Melayan Peminat Cilik, Zizan Razak Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*