Ibu buka pintu bilik sambil panggil ‘adik’ berkali-kali, walau bilik sudah tidak berpenghuni

 

BERKALI-kali dipanggil si ibu, namun tiada sebarang sahutan diterima daripada anaknya.

Begitulah apa yang dapat dilihat menerusi video yang menunjukkan seorang wanita menangis ketika membuka pintu bilik arw4h anaknya yang kini tidak sudah tidak berpenghuni.

Bercerita kepada mStar, Zalina Kasan, 45, memperincikan semula detik pilu yang dialami susulan kem4tian anak tunggalnya, Nurshafiq Hakim Raif, 18, pada 16 Jun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dah terbiasa setiap kali anak ada dekat rumah, kalau saya balik dari mana-mana bawa pulang makanan memang akan panggil dia dengan panggilan ‘adik’.

“Lepas lebih sebulan dia ‘pergi’ ni, rindu dekat dia makin kuat. Setiap pagi saya akan ziarah kvbur seorang diri bacakan surah Yasin untuk dia. Petang suami pula teman pergi sekali lagi.

“Waktu pagi memang terasa sangat sunyi dalam rumah sebab tinggal saya seorang saja. Ada masa tu rasa macam dia masih ada dalam rumah. Terbayang dia tengah baring atas katil, main game dekat komputer. Kadang-kadang kucing pun terpanggil dia, sama macam saya,” ujarnya yang senang disapa Ina.

Bercerita mengenai kehilangan anaknya, remaja itu m4ut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di kilometer 40 Jalan Batu Pahat ke Mersing, Johor.

Jelas Ina, kem4langan tragis itu berlaku sewaktu anaknya dalam perjalanan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Ina, anaknya ada menunjukkan perubahan dan sangat berbeza dengan keperibadian sebenarnya yang suka membantu rakan.

Bagaimanapun arw4h berkesempatan membantunya menghantar tempahan kuih-muih di Pejabat Daerah Kluang.

Shafiq merupakan anak tunggal Ina.

“Sehari sebelum keputusan peperiksaan SPM diumumkan, arw4h berkelakuan pelik. Dia tak nak ambil slip keputusan dan tak mahu berjumpa guru serta kawan-kawan.

“Dia sempat juga tolong saya hantar kuih yang ditempah. Masa tu saya tak terfikir apa-apa yang lain pun cuma dia ada cakap jangan tengok dia ‘pergi’ dan minta saya tutup pintu rumah.

“Masa dia men1nggal tu, saya pelik juga ramai sungguh orang datang dari pagi sampai malam lepas tahu berita anak saya kem4langan. Yang kami tak kenal beragama lain pun datang siap menangis,” imbas Ina.

Menurut Ina, dia bagaimanapun berasa terkilan tidak dapat melihat anaknya buat kali terakhir  kerana arw4h telah disahkan positif C0v1d-19 oleh pihak h0spital.

Walaupun Ina memohon kebenaran untuk memakai PPE (personal protective equipment), namun permintaannya ditolak disebabkan SOP yang ditetapkan.

Meskipun bersedih dengan kehilangan anak yang kelahirannya dinantikan selama enam tahun, mereka suami isteri reda dengan takdir men1mpa.

“Saya rindu nak peluk cium dia. Perasaan masa tu macam nak gali kvbur untuk buat semua tu. Hari dia men1nggal tu tinggal lagi 16 hari saja lagi sebelum sambutan hari jadinya. Tak sempat kami nak pergi bercuti, dia pergi dulu.

“Jadi saya jemput kawan-kawannya datang masa hari jadi dia… sambut sambil buat tahlil untuk arw4h. Kawan-kawan arw4h pun ramai dapat tawaran belajar. Dia sendiri pun dapat sambung belajar jurusan kejuruteraan awam tapi tak berkesempatan nak merasa semua tu,” ujar Ina.

Ina bersama anak (kiri) dan suami.

Berikutan perkongsiannya di TikTok, rakaman mengundang sebak netizen ini telah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen turut bersimpati melihat kesedihan seorang ibu yang menangis merindui anaknya yang kini sudah tiada.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Ibu buka pintu bilik sambil panggil ‘adik’ berkali-kali, walau bilik sudah tidak berpenghuni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*