Wanita Mengandung Mengidam Makan Beras, Ramai Ingin Tahu Apa Rasanya

 

Wanita mengandung selalunya pasti akan mengidam makanan atau melakukan sesuatu yang berada di luar jangkaan. Ada juga yang akan mengidam benda pelik seperti mahu makan sabun atau benda pelik lain yang mungkin boleh membahayakan kesihatan.

Baru-baru ini pula, seorang wanita mengandung berkongsikan ‘ketagihan’ terbarunya yang gemar makan beras secara mentah sejak mengandung. Walaupun ianya kedengaran pelik untuk menikm4ti beras tanpa dimasak namun rupa-rupanya ramai juga yang menjadi pengemar beras dan menyukai rasanya.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu menunjukkan tabiat pelik yang disedarinya sejak akhir-akhir ini. Turut kelihatan, dia mengambil sedikit beras dan membasuhnya di dalam penapis sebelum dikunyah sebagai snek hariannya semasa mengandung.

@sheeyunus My current addiction, makan beras. Korang ?? #fyp #pregnant #mommy ♬ Это любовь – Амирчик

Menurutnya, dia begitu suka makan beras secara mentah semenjak mengandungkan anak yang pertamanya ini. Selalunya ramai yang akan melunaskan rasa mengidam ibu mengandung kerana ia dikatakan sebagai keinginan anak yang di dalam kandungan.

Susulan video yang tular dikongsikan itu, kebanyakan netizen turut memberitahu ia sebenarnya bukanlah satu tabiat yang pelik kerana ramai yang gemar menikm4ti beras begitu sahaja.

Meninjau di ruangan komen, ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka makan beras tanpa dimasak sejak kecil lagi. Perkongsiannya ini turut membuatkan ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut yang selalunya dilalui oleh ibu mengandung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Wanita Mengandung Mengidam Makan Beras, Ramai Ingin Tahu Apa Rasanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*